Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

16 Julai, 2013

Bukti Najib jemput Vatican ke Malaysia!



Foto / Laporan asal kredit Bernama News 19/07/2011

Toleransi agama yang ditunjukkan Najib bagus untuk negara namun isu kalimah Allah dan campurtangan langsung Duta Vatican Joseph Marino menimbulkan ketegangan.

Tidak dinafikan soverignity kedaulatan negara tercemar dengan tertubuhnya negara kecil kedutaan Vatican di Kuala Lumpur hasil lawatan ini.
Melayu harus hati hati mengikut trend yang akhirnya akan merugikan!
ROME VATICAN CITY: NAJIB Tun Razak dan isterinya, Rosmah Mansor bertemu Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu, di pinggir Rom, semalam. Turut serta Dr. Koh Tsu Koon (tiga kiri), Jamil Khir Baharom (tiga kanan), Bernard Dompok (empat kanan), Profesor Dr. Abdul Shukor Husin (dua kiri) dan Murphy Nicholas Xavier Pakiam (kiri). ‘
Malaysia dan kerajaan Vatican bersetuju menjalin hubungan diplomatik bagi menggalakkan hubungan persahabatan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa.
Pengumuman itu dibuat ekoran pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Pope Benedict XVI di Castel Gandolfo, kediaman musim panas pemimpin penganut Katolik itu di pinggir bandar ini hari ini.
Menyatakan dunia “berada di persimpangan”, Najib berkata, Malaysia mahu berkongsi pengalamannya dengan dunia, dan sebab itu kenapa Malaysia komited untuk menjalin hubungan dengan negara yang sealiran dalam menggalakkan dunia yang aman dan harmoni.
Gambar PM Najib bersama POPE Vatican City. Sangat sukar bertemu pope apa hasil hubungan Naib dan pope jika boleh membantu Palestine cuma menambah masalah negara.
Gambar PM Najib bersama POPE Vatican City. Hubungan Najib dan Pope Benedict beruntung jika boleh membantu Palestine. MRM
Pope Benedict XVI dan Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Inilah sebab utama kenapa Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Vatican lapor Bernama News Malaysia.
“Dunia berada di persimpangan, kuasa-kuasa tidak rasional dan perbalahan mengancam kestabilan yang sekian lama kita nikmati dan perjuangkan dan pertahankan selama ini, dan kemakmuran,” kata Najib dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pertemuan itu.
Beliau berkata, Malaysia dan Vatican komited untuk mengatasi kuasa-kuasa negatif yang menggunakan agama untuk mewajarkan tindakan keganasan, dengan menggunakan kuasa alasan dan kesederhanaan.
Katanya, Vatican mengiktiraf komitmen Malaysia untuk menggalakkan kesederhanaan sebagai doktrin global.
“Usaha kita dalam menguruskan kepelbagaian kita di sebalik pelbagai halangan dan cabaran adalah peringatan penting bahawa masyarakat berbeza boleh berjaya.
“Bagaimanapun, kita mesti sentiasa berjaga-jaga dan menghadapi kuasa jahat yang mengancam untuk menganggu-gugat keharmonian. Kita juga perlu lebih bersedia untuk menerima pakai pendekatan inklusif dalam pentadbiran dan tadbir urus, dan memastikan matahari di Malaysia menyinari semua rakyat Malaysia,” katanya.
Jalinan hubungan Malaysia-Vatican adalah sebagai menyusuli jejak negara majoriti penduduk Islam lain seperti Indonesia, Iran, Iraq, Pakistan, Bangladesh, Jordan, Turki, Mesir, Libya, Liga Arab dan majoriti anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).
Najib yang membawa rombongan mengandungi pemimpin pelbagai agama dalam pertemuannya dengan Pope, mengetengahkan konsepnya bagi Pergerakan Sederhana Global untuk menangani ekstremisme dalam semua bentuk, gesaan yang julung kali dibuatnya semasa menyampaikan ucapannya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada September 2010 di New York.
Sebagai sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama, Perdana Menteri berkata, Malaysia berpegang pada nilai-nilai kesederhanaan bagi memastikan keharmonian, kestabilan dan kemakmuran berterusan.
Najib juga menyatakan mengenai kemungkinan menjalin hubungan lebih erat dengan Majlis Pontifical untuk Dialog Antara Agama yang diketuai Cardinal Jean-Louis Tauran dan Institut Pontifical untuk Pengajian Arab dan Islam.
Beliau berkata, Institut Kajian Kefahaman dan Kemajuan Islam Malaysia, Institut Pengajian Islam dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional akan menerajui inisiatif itu dari Malaysia.
Agong menyerah watikah kepada duta vatican Joseph Marino
Agong menyerah watikah kepada duta vatican Joseph Marino
Delegasi Najib terdiri daripada dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.
Mereka turut disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin dan Ketua Biskop, Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
Dalam lawatannya itu, Perdana Menteri juga diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Ia merupakan pertemuan kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan seorang Pope, selepas pertemuan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.
Vatican, sebagai badan tertinggi kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik adalah entiti juridikal di bawah undang-undang antarabangsa.
Sebagai “kerajaan pusat” Gereja Katolik, Vatican mempunyai status undang-undang yang membolehkannya memeterai perjanjian sebagai juridikal yang sama taraf dengan sebuah negara dan untuk menghantar dan menerima wakil diplomatik.
Vatican menjalin hubungan diplomatik dengan lebih 170 negara termasuk Amerika Syarikat dan beberapa negara Islam.
Diwujudkan pada 1929, Vatican adalah kerajaan yang mentadbir Gereja Katolik seluruh dunia dan beroperasi dari Vatican City State yang merupakan sebuah wilayah bebas dan berdaulat terletak di satu kawasan seluas 0.44 km persegi.
Vatican mempunyai pejabat pos, bank, pasukan tentera, landasan helikopter, loji penjanaan elektrik dan mengeluarkan duit syiling dan setem serta mempunyai domain Internet sendiri. –

Tiada ulasan: