PRK Dun Kuala Besut

DUNGUN – Bekas Ketua Perhubungan Negeri PKR Terengganu, Mohd Padeli Jusoh sedia bertanding atas tiket Bebas sekiranya Pas sebagai rakan dalam PR tidak memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Besut yang kini kosong.
Beliau dalam satu kenyataannya kepada Sinar Harian berkata, kerusi Dun Kuala Besut yang kini kosong berikutan kematian wakil rakyatnya sepatutnya menjadi milik PKR untuk menggantikan tiga kerusi Dun, masing-masing Kota Putera, Bukit Besi dan Seberang Takir yang difahamkan diambil Pas pada PRU13.

Beliau berkata, kali ini Pas seharusnya memberi laluan kepada PKR untuk meletakkan calonnya berikutan dalam PRU13 baru-baru ini PKR telah memberi laluan kepada Pas biarpun tiga kerusi Dun berkenaan telah diperuntukkan kepada PKR.
"Jadi tiada sebab kenapa Pas tidak boleh beri laluan kepada kita untuk hanya satu Dun sahaja,” katanya.

Mohd Padeli berkata, sudah sampai masanya Pas membuat keputusan sebagai satu pasukan dalam PR, dan bukannya membuat keputusan sendiri seperti yang berlaku pada PRU13 di Terengganu baru-baru ini.

Katanya, sebagai rakan dalam PR, Pas seharusnya bersikap lebih setiakawan dan sanggup berkorban demi kejayaan rakan lain dalam PR.

“Walaupun PKR Terengganu merupakan organisasi yang kecil dalam PR berbanding Pas, namun impak dan peranannya cukup relevan dalam menjayakan agenda PR di negeri Terengganu.

"Jika pandangan ini tidak diterima atau dipandang sepi oleh pemimpin PR, mungkin saya akan bertanding di situ sebagai calon Bebas,” kata Padeli lagi yang merupakan ahli PKR cabang Dungun. SH

P/S: Hambekkkkkkkk!