Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

22 Julai, 2013

Kuala Besut. Bukti lengkap untuk petisyen jika UMNO menang



PRK Kuala Besut: 10 senarai projek segera BN

KUALA BESUT, 21 Julai - PAS hari ini mendedahkan jumlah peruntukan dan habuan yang telah diumumkan untuk rakyat dan pengundi Kuala Besut setakat sepuluh hari berkempen.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli berkata, jumlah ratusan juta itu adalah pengakuan UMNO dan Barisan Nasional sendiri.

"Penegasan yang dibuat PAS dan Pakatan Rakyat bahawa Kuala Besut dipinggirkan adalah benar dan semua ini wajar dilihat sebagai sogokan dan dalam keadaan tertekan ini mereka akan melakukan apa sahaja," jelasnya.

Beliau mengajak rakyat dan pengundi Kuala Besut membayangkan dan memikirkan andaikata pilihanraya kecil ini tidak ada, maka beterusanlah kerajaan Barisan Nasional mengkesampingkan rakyat Kuala Besut.

Beliau mempersoalkan perancangan ad-hoc dan penyelesaian secara krisis seperti ini ternyata bukanlah melalui peruntukan belanjawan yang dibuat oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

"Sumber manakah yang digunakan oleh Barisan Nasional dalam peruntukan yang diumumkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Besut ini?"

"Apakah ia daripada sumber Persekutuan melalui perbelanjaan infrastruktur atau UMNO dan Barisan Nasional terus merompak Dana Khas Persekutuan yang juga atau royalti petroleum hak rakyat Terengganu," soalnya lagi.

Sepuluh projek membabitkan peruntukan keseluruhan melebihi RM377 juta termasuk yang terkini projek mendalamkan muara Sungai Besut bernilai RM250 juta.

Senarai Pemberian :

1. Projek berjumlah RM250 juta untuk mendalamkan Sungai Besut.
TPM – Mingguan Malaysia 21 Julai 2013

2. Peruntukan menaik taraf Masjid Haji Ishak, Kampung Dengir sebanyak RM343,000
TPM – Bernama 17 Julai 2013

3. Kerajaan negeri Terengganu mengumumkan peruntukan bernilai lebih RM10 juta untuk membina pangsapuri empat tingkat merangkumi 72 unit di Kampung Lay Out.
The Malaysianinisider / Kosmo – 17 Julai 2013

4. Bantuan RM147,750 dalam bentuk anak ayam kampung, kambing, makanan ayam dan motosikal roda tiga daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu kepada 314 petani sekitar Kuala Besut oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
TV9 14 Julai 2013

5. Muhyiddin meluluskan peruntukan RM28 juta projek pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Peroi di Tok Saboh, Kuala Besut.
Majlis Pecah Tanah Kg Alor Peroi Kuala Besut 16 Julai 2013

6. Pemberian kunci rumah dan surat tawaran Rumah Mesra Rakyat (RMR) oleh Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Kamarul Rashdan Salleh di Kuala Besut.
Bernama 17 Julai 2013

7. Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan tiga projek tambahan bagi menaik taraf kehidupan penduduk dan infrastruktur Pulau Perhentian yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun depan.Projek itu ialah pembinaan 10 unit rumah kedai bernilai kira-kira RM4 juta, pembinaan jeti khas dan menaik taraf serta membina jalan ke perkampungan di pulau itu.
Berita Harian 20 Julai 2013

8. Kerajaan negeri meluluskan pembinaan 200 unit rumah mengikut program perumahan rakyat, yang dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air, dengan kos RM28 juta atau RM140,000 seunit di Pulau Perhentian.
MB T'ganu – Bernama / Kosmo 17 Julai 2013

9. Sebuah masjid terapung dengan kos RM12 juta, selain pelaksanaan projek bagi perairan dan tapisan kumbahan bernilai RM10 juta.
TerengganuToday 5 Julai 2013

10. Empangan Lowvier bernilai RM35 juta untuk para petani, khususnya penamam padi di Pengkalan Nangka.
TPM – Himpunan Petani & Nelayan di Dataran Kuala Besut – Berita Harian 20 Julai 2013




Tiada ulasan: