Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

04 Julai, 2013

Tanpa Hasan Ali, PAS Selangor terbaik!



PAS syor peruntukan ikut jumlah penduduk


KUALA LUMPUR: Pembahagian peruntukan mengikut jumlah penduduk perkapita perlu dilaksanakan memandangkan taburan jumlah penduduk di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) adalah berbeza.

Noor Hanim Ismail (PAS-Seri Serdang) berkata, peruntukan mengikut jumlah penduduk penting bagi memastikan pembahagian yang lebih adil kepada setiap rakyat di negeri ini.

“Contoh seperti di Seri Serdang yang mempunyai jumlah pengundi kira-kira 73,000. Ini pastinya menuntut pihak kerajaan untuk memastikan peruntukan yang diberi cukup dan setimpal,” katanya dipetik Selangorku.

Tambahnya, selain bersikap adil, pembahagian peruntukan berdasarkan perkapita itu juga dapat menjamin kelancaran program-program kebajikan yang dianjurkan Kerajaan Negeri Selangor.

“Sebagai contoh bantuan kepada warga emas, kawasan saya jumlahnya lebih ramai, jadi diharap ikut perkapita dan bukannya RM1,000 bagi setiap Dun.

“Demi kebaikan rakyat, saya harap satu inisiatif dapat diambil bagi mengkaji semula jumlah peruntukan ini,” ujar beliau lagi.

sumber

P/S: Jangan jadi ada kisah di sebuah negeri suatu ketika dulu. Ahli majlis dewan ulamanya selongkar laci MB nak semak permohonan balak lulus tak lulus. Patut la PRU13 gagal.



2 ulasan:

aljo berkata...

Aman damai bekerja tanpa PARASIT a.k.a. PELESIT

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Hahaha... kebulur balak jugak la yer... hahaha.... tangkap sekor-sekor kiter sumbat mulut dier dengan kayu balak.... hahaha

Serban yer besar... hahaha...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot