Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

02 Julai, 2013

Uik? Hj Hadi! Mana satu nak pakai ni?



KINI!

Kerajaan perlu menubuhkan satu Tribunal Post Mortem PRU13.

















KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak berani menyiasat secara telus dan terperinci segala penipuan dan penyelewengan yang berlaku dalam PRU13 yang lalu termasuk tragedi dakwat kekal yang tidak kekal.

Terdapat banyak lagi bukti penipuan dan penyelewengan yang lain dan kerajaan perlu menubuhkan satu Tribunal Post Mortem PRU13.

Cadangan itu dikemukakan beliau ketika berucap di Dewan Rakyat kelmarin.


SEBELUM


Terima keputusan dengan syukur dan sabar



MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (gambar) meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

Beliau berkata, "Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengundi yang telah mengundi PAS dan Pakatan Rakyat.

"Terimalah keputusan ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.

"Yakinlah sesungguhnya janji Allah pasti akan tiba," katanya sebagaimana yang disampaikan melalui Facebooknya.

Dalam pada itu ketika bercakap selepas keputusan pilihan raya ini, Ustaz Hadi berkata, "Kalau kita kalah, kita kena bertenang itu tanda orang yang beriman yang redha dengan segala ketentuan.

"Memang ada perjuangan ada kalah ada menang. Jika berlaku penipuan ingatlah kita ada akhirat sebagai medan kebenaran.

"Jangan lupa ada kerajaan yang lebih berkuasa iaini kerajaan Allah s.w.t. Kita tidak kalah..cuma belum menang," katanya selepas diumumkan keputusan BN berjaya membentuk semula kerajaan.

PAS menang 22 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum ke 13 ini berkurang satu kerusi berbanding pilihan raya ke 12.

Tuan Guru Abdul Hadi sendiri mengekalkan kerusi Parlimen Marang di samping DUN Rhu Rendang.

PAS Terengganu berjaya menambah tiga kerusi Parlimen di samping tujuh kerusi DUN dalam pilihan raya ini.

Kerusi Parlimen yang dimenangi adalah Marang (Tuan Guru Abdul Hadi), Kuala Terengganu (Datuk Raja Bahrin), Kuala Nerus (Dr Khairudin Aman Razali) dan Dungun (Haji Wan Hassan).

Mereka kekurangan dua kerusi untuk membentuk kerajaan di negeri itu apabila menang 15 kerusi berbanding BN 17 kerusi.


sumber SINI dan SINI

P/S: Adakah ini ada kaitan dengan khabar2 angin UMNO nak bagi kemenangan pada PAS di Kuala Besut?




3 ulasan:

aljo berkata...

Ini namanya FLIP FLOP. Apa beza dengan pak lah yang bela anak menantu?

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Jangan bhai... Ini level ASWJ tinggi nih... nih bukan Syiah... kalu Syiah boleh kena pecat... Ini level ASWJ maksum nih bhai... semua kena wala' ngan cakap dier... Hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

sampah berkata...

bhai la pulak