Pastikan BN kekal 17:15
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hadir di majlis berbuka puasa di Masjid Al-Jamhuriah Kuala Besut petang semalam. Beliau turut memberi sumbangan peribadi sebanyak RM20 ribu untuk membaiki lantai masjid ini. - Foto KHIRU SHALEH ABDULLAH
Pastikan BN kekal 17:15
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (3 dari kiri) hadir di majlis berbuka puasa dan penyampaian dividen Risda negeri Terengganu. Dimajlis itu juga beliau turut memberi sumbangan kurma dan air zam-zam kepada penduduk setempat. Turut hadir Anggota Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (3 dari kanan) yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji. - Foto KHIRU SHALEH ABDULLAH
BESUT – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mengingatkan pengundi PRK Dun Kuala Besut supaya bijak memilih bagi menentukan kemenangan berpihak kepada BN dengan kedudukan 17:15 seperti sebelum ini.

Abdul Azeez berkata, pengundi diharap tidak mensia-siakan amanah yang diberikan untuk memastikan BN kembali kekal menyandang kerusi tersebut.

“Jangan sia-siakan undi yang ada kerana anda penentu masa depan BN di Terengganu.

“Sudah terbukti selama ini kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui gagasan 1Malaysia benar-benar dapat dirasai,” katanya selepas Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Dividen Risda Terengganu bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Masjid Haji Husain, Kampung Baharu di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau merayu pengundi untuk membuat keputusan bijak pada hari pengundian Rabu ini bagi memastikan misi dilancarkan PR melalui formula 16:16 itu tidak menjadi kenyataan.

Abdul Azeez yang juga merupakan Ahli Parlimen Baling berkata, rakyat Kuala Besut perlu mengambil iktibar apabila Kedah di bawah pemerintah PR pada penggal lalu.

“Kita pernah rasai betapa perit di bawah PR kerana mereka hanya pandai membuat manifesto tetapi tak pandai melaksanakan.

“Rakyat sudah merasainya dan menolak mereka. Alhamdulillah BN kembali memerintah Kedah,” katanya.
P/S: Bodek la. Tau la Najib dah lantik hang jadi pengerusi Tabung Haji!