Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

24 Julai, 2013

Kuala Besut. Impian Dewan Ulama yang gagal!



Dewan Ulama PAS Mahu Hadi Jadi MB
22 Julai 2013 BESUT: Dewan Ulama PAS Pusat menggesa Datuk Seri Abdul Hadi Awang kembali menduduki kerusi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang berjaya menyamakan jumlah kerusi dengan Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.
Setiausahanya, Dr Khairuddin Aman Razali berkata, Presiden PAS itu layak diangkat semula ke jawatan berkenaan apabila parti itu menang pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut Rabu ini.
"Datuk Seri Abdul Hadi pernah menjadi Menteri Besar, jadi apabila PAS berjaya dapat 16:16, kita lantik semula beliau menjadi Menteri Besar," katanya ketika berceramah di Kampung Tok Saboh di sini, Isnin malam.
Gesaan ini dilihat bertentangan dengan pendirian terbuka Abdul Hadi pada Jumaat lalu membayangkan bahawa beliau tidak berminat untuk merebut jawatan Menteri Besar jika PAS berjaya memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.
Menerusi ceramahnya Jumaat lalu, Abdul Hadi berkata PAS sanggup memberi laluan kepada BN untuk berkuasa di Terengganu walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak.
Sebelum ini Abdul Hadi pernah diangkat menjadi Menteri Besar Terengganu selama satu penggal antara 1999 dan 2004 sebelum BN kembali merampas negeri itu pada PRU 2004.
Pilihan raya kecil DUN Kuala Besut diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof.
Akhirnya,
Keputusan awal PRK Kuala Besut.
1. Pulau Perhentian - 398 BN / 187 PAS

2. Sebeerang Barat - 554 BN / 176 PAS

3. Kg Nail - 595 BN / 71 PAS

4. Seberang Barat Luar - 1083 BN / 274 PAS

5. Tok Saboh - 1007 BN / 349 PAS

6. Kg Nangka - 372 BN / 377 PAS

7. Kg Baru - 748 BN / 478 PAS

8. Bukit Puteri 675 BN / 544 PAS

P/S: Hambekkkk!

3 ulasan:

tungkaran hati.blogspot berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
tungkaran hati.blogspot berkata...

Akhirnya PAS sebagai khinzir DAP tewas juga di Kuala Besut.....Allah tidak mengizinkan pengkhianatan PAS terhadap ugama, bangsa dan negara.

TheSniper berkata...

Tungkaran! masa tak join DAP dulu lagi teruk. Langsung takde kena mengena.