Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

11 Ogos, 2013

Jawapan Dr Agus kepada Nik Amar

oleh:

SEMALAM saya menulis (SINI) untuk menegur kerajaan Kelantan setelah 100 hari pilihan raya umum berlalu. Hujah utama saya ialah tiada perubahan ketara dalam politik Kelantan selepas pilihan raya tersebut kerana keringnya idea kepemimpinan baru dalam merancang agenda pembangunan negeri. Maka, pelbagai pandangan dan komen yang saya terima. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada komen yang diberikan. Ada komen yang berkaitan dengan posting saya dan ada yang tersasar. Ada rakan yang menulis di inbox supaya saya membuang komen-komen yang tidak berkaitan. Tapi saya tidak buang kerana saya ingin serahkan kepada kawan-kawan untuk menilai setiap komen yang diberi. Bagi saya, teruskan memberi komen tetapi jangan sampai ke tahap memfitnah seseorang. Itu sahaja nasihat yang boleh saya beri.

Dari banyak komen yang diterima, saya teruja untuk memberi pandangan kepada jawapan balas Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan dalam Malaysian Insider dan juga komen dari Setiausaha Akhbar MB Kelantan.

TMB menyatakan kenyataan saya tentang “kerajaan negeri kekeringan idea” menyimpang jauh kerana apa yang boleh dibuat dalam masa 100 hari. Katanya, “Dalam 100 hari nak bina bangunan pun tak siap.” 

Betul, sangat mustahil untuk siapkan sebuah bangunan dalam masa 100 hari. Tetapi itu bukan maksud saya dengan ‘kekeringan idea.’ Yang saya maksudkan ialah saya tidak melihat satu ‘cetak biru’ jangka pendek dan jangka panjang kerajaan negeri setelah 100 hari memerintah. Yang saya katakan pendekatan baru kerajaan negeri ialah “membenarkan wanita menyertai musabaqah Al-Quran,” hanyalah contoh sahaja. Ada banyak lagi contoh yang boleh saya berikan, tetapi sengaja saya padamkan kerana tidak mahu melukakan hati banyak pihak dan tidak wajar untuk saya menegur secara keras.

Oleh sebab itulah dalam tulisan saya, tidak saya timbulkan isu-isu yang dihadapi oleh kerajaan negeri dan krisis dalaman PAS. Saya tidak mahu fikirkan soal krisis parti kerana fokus tulisan saya ialah pembangunan negeri dan kebajikan rakyat negeri.

Lagi pun saya faham, menegur pemimpin ini perlu bijak, seperti menarik rambut dalam tepung. Dan itulah yang saya buat. Sebab itulah saya gunakan istilah menegur, bukannya mengkritik atau membidas. Saya mahu menegur untuk kebaikan rakyat negeri Kelantan yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk menguruskan dasar bagi pihak mereka. Soal diskriminasi kerajaan pusat, jika ada, itu akan saya tulis dalam posting yang lain.

Lantaran fakta saya tidak jelas, maka TMB menggariskan dua dasar kerajaan negeri yang baik yang telah dilaksanakan. Pertama, dasar khidmat mesra pegawai awam yang mana seboleh mungkin kakitangan awam kerajaan negeri akan diletakkan bekerja berdekatan dengan keluarga. Saya menyanjung tinggi dasar ini. Kedua, dasar rumah mampu milik "yang akan diusahakan oleh kerajaan negeri dalam masa lima tahun." Saya juga menyanjung tinggi dasar ini. 

Cumanya untuk dasar rumah mampu milik ini, saya ingin mencadangkan supaya mulai sekarang kerajaan negeri memastikan unit perhubungan korporatnya memainkan peranan untuk menyebarkan maklumat tentang perumahan baru yang dibina oleh kerajaan negeri dan kosnya sekali. Biarkan rakyat mendapat maklumat. Saya juga cuba mendapat maklumat tentang hal ini, tetapi maklumat yang saya perolehi tidak begitu memberangsangkan. Jadi, saya menunggu untuk melihat kerajaan negeri menterjemahkan dasar ini kepada bentuk pelaksanaan yang boleh melegakan rakyat.

Berkaitan dengan lebuh raya rakyat, saya keliru apabila kerajaan negeri, melalui kenyataan TMB dan Setiausaha Akhbar MBnya menyatakan “kerajaan kini dalam proses memperhalusi projek tersbut.” Apa lagi yang diperhalusi? 

Jawapan kepada pertanyan ini dapat dilihat dalam jawapan Setiausaha Akhbar MB yang memberikan link kepada petikan Exco kerajaan negeri, YB Hanifa Ahmad dalam akhbar Harakah. Katanya, “kerajaan negeri melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan. Langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri….Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut.”

Aduh! Buat kertas cadangan baru lagi? Tak mengapalah, yang penting apapun pertelagahan pendapat kita, lebuh raya tersebut dapat disiapkan untuk keselesaaan dan keselamatan rakyat apabila mereka balik ke kampong. Itupun tujuan saya membuat posting ini.

Jika menghadapi masalah, saya ingin cadangkan lagi supaya kerajaan negeri berunding dengan kerajaan pusat. Semoganya kerajaan pusat berjiwa besar dengan melupakan perbezaan politik untuk memberi keadilan kepada rakyat Kelantan, sama sepertimana layanan yang diberikan kepada negeri-negeri lain juga. 

Satu yang menggembirakan saya dengan posting ini ialah tulisan saya mendapat reaksi dari pemimpin kerajaan negeri. Inilah yang hebatnya pemimpin negeri saya. Saya kagum, bangga dan teruja. Saya mahu melihat kepemimpinan kerajaan negeri yang peka kepada keluhan rakyat. Saya mahu kerajaan negeri yang merasa denyut nadi rakyat. Dalam hal ini, saya sudah dapati satu: kepemimpinan kerajaan negeri peka kepada teguran rakyat. Moganya kepekaaan itu adalah kepekaan tulin atas hasrat ingin menambahbaik pembangunan negeri, bukannya kepekaan itu adalah kerana alergik pada teguran!

Saya ingin menulis panjang soal penilaian saya mengenai 100 hari pemerintahan Kelantan ini. Tetapi biarlah. Saya akan bercakap panjang tentang hal ini apabila saya membentangkan kertas kerja saya di dua persidangan antarabangsa di Stockholm pada 27 Ogos ini dan di Persidangan 2nd World Congress of Administrative and Political Sciences di Belgium pada 25-27 November ini.

Untuk sementara saya ingin merujuk semula maksud saya tentang kerajaan negeri kekeringan idea selepas 100 hari memerintah Kelantan dengan kenyataan berikut:

1. Lebuh Raya dan stadium menjadi bahan kempen utama ketika pilihan raya ke-13 yang lalu. Peliknya, selepas menang baru diumumkan sedang dalam proses hendak mengkaji balik dan melihat kertas cadangan baru.
2. Saya melihat di Selangor, kerajaaan negerinya ada Selcat dan di Pulau Pinang ada CAT. Di Kelantan kerajaan negeri ada hisbah, tetapi saya tidak tahu bila pelaksanaanya bermula?
3. Di Selangor dan Pulau Pinang ada pengisytiharan harta, tetapi di Kelantan saya tidak tahu bila?

Saya noktahkan dahulu jawapan saya. Saya ingin mencadangkan supaya sahabat membaca dua buah buku karya Francis Fukuyama bertajuk Trust: The Social Virtues and The Creation of Prosperity , dan karya Huntington bertajuk Culture Matters: How Values Shape Human Progress(2000).

Moga kita sama-sama mendapat manfaat dari perkongsian ini.


2 ulasan:

aljo berkata...

Kalau aku FZT si pecacai lebai2 kampung dari terengganu aku akan jawab begini... prof ni adalah agen umno sebab makan gaji dengan kerajaan umno.

Kalau aku pecacai umno pulak aku akan jawab begini... kalau tak suka dengan umno jangan bekerja dengan kerajaan umno.

Wakaka... tak banyak beza pecacai melayu hutan dan melayu orang laut dari segi tahap bangang 5 bintang mereka.

Wakakakaka....

Malaysiabaru berkata...

Slm

NASiHat utk prof kankung,

tak sudah sudah nak suruh negeri jadi hamba persekutuan.

macai tok pa jeli umno alyahudi boh la kacek ngarut

U r asking state pas to work wth federal umno

What the hell u think state tok reti to take care itself. Duit royalti minyok kelate federal sapu bagi anok miskin d kedah perak dan pahang.

tu duit rakyat kelate. Memang betul nik amar tu biol sikit tapi jln penyelesaian bukan dgn melutut kpd umno federal.

Rakyat kelate yg bijok pndai have been takibg care of themselve for the last 20 yrs with minimal debts n with a strong malay workforce of 3million that has been exploit by the federal for cheap malay labor to shore up federal devlpmnt just like what israel is making use of the poor palestinian!