Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

28 Ogos, 2013

KUIN jadi kilang buat duit zaman PAS?

Jawab! jangan tak jawab!

DUN Kedah dikejutkan dengan kepincangan KUIN

NONEDewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam dikejutkan dengan pendedahan kepincangan pengurusan dan kewangan anak syarikat Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB).

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain (BN-Tanjong Dawai) yang mendedahkan perkara itu semasa menggulung perbahasan, mengemukakan bukti dengan fakta serta contoh berdasarkan siasatan dan audit dalaman.

Pendedahan itu mengejutkan Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi (Pas-Pengkalan Kundor) (kanan) yang bangun mencelah dan berkata apa yang didakwa itu di luar pengetahuan barisan Exco ketika Kedah ditadbir pakatan pembangkang.

Tajul Urus berkata pembayaran gaji yang tinggi kepada ketua pegawai Eksekutif IHSB sehingga RM35,000 sebulan selain tindakan IHSB menubuhkan anak-anak syarikat yang tidak perlu menyebabkan berlaku pertindihan fungsi sedangkan ia boleh laksanakan sendiri oleh Kuin.


Menurutnya anak-anak syarikat tersebut menjalankan operasi akademik yang menelan kos tinggi seperti Insan Maya Sdn Bhd menguruskan Kuliah Multimedia, Insan Hospitality Sdn Bhd menguruskan Kuliah Hospitaliti dan perkhidmatan halal, Insan Fasih Sdn Bhd dan Insan Medic Sdn Bhd bagi Kuliah Perubatan.

"Kesemua program akademik ini boleh dijalankan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) Kuin dengan kos lebih rendah," kata Tajul Urus.

Beliau berkata unit penyelenggaraan melibatkan kerja-kerja pembersihan dan penyelenggaraan juga diserahkan kepada IHSB dan kos untuk kerja-kerja itu bagaimanapun dibayar oleh Kuin.

Pelantikan kakitangan juga tidak mengikut prosedur dan kelayakan serta terdapat pensyarah dilantik tanpa temuduga, ada yang diberikan kerja dahulu dan temuduga kemudian, tambahnya.

"Bayaran gaji tidak mengikut skim gaji dan pelantikan pensyarah tidak berdasarkan kelayakan MQA. Pensyarah Kreatif Thinking berkelayakan bidang Ijazah ICT. Pensyarah Bahasa Arab tetapi kelayakan bidang Ijazah Usuluddin," katanya.

Tajul Urus berkata kebanyakan keputusan dan tindakan IHSB bercanggah dengan syarat ditetapkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Beliau turut menyenaraikan penyelewengan, pembaziran kewangan besar termasuk kompaun oleh KPT serta tindakan mahkamah terhadap Kuin.

- Bernama


4 ulasan:

Yong berkata...

Hmm...ini menunjukkan apa? Us. Azizan kena jelaskan...

TheSniper berkata...

Yong.
Ustaz Azizan dah dijatuhkan "hukuman Hudud".

Unknown berkata...

Tan sri azizan yg serah kedah kt bn

Unknown berkata...

Tan sri azizan yg serah kedah kt bn