Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Ogos, 2013

Mungkinkah Kelantan akan rebah di PRU14?


Segala-galanya bergantung kepada teraju pentadbiran baru Kelantan. Adakah pentadbiran baru lebih atau sama cerdik menangani permasalahan sebagaimana di era TG Nik Aziz atau meneruskan legacy "kepoyoan" Ustaz Azizan mantan MB Kedah.

Antara dua. Cerdik atau tak cerdik (bangang).

Contoh tak cerdik di SINI

Contoh cerdik di bawah ni:





Ahmad Fadhli Shaari

Saya membaca tulisan Prof Dr Mohammad Agus Yusoff yang mengkritik beberapa isu berkaitan pentadbiran kerajaan Kelantan menjelang 100 hari selepas PRU13 yang lepas. Nampaknya Kelantan terus menjadi perhatian ahli-ahli akademik tambahan pula Agus sendiri merupakan anak Kelantan. Ia tentu lebih istimewa berbanding Johor, Perlis dan Melaka yang turut bertukar ketua kerajaan sekalipun masih mengekalkan parti yang sama sebagai pemerintah. Bahkan jika dibandingkan dengan Kedah yang bertukar Menteri Besar dan kerajaan sekaligus, nampak Kelantan seolah-olah lebih diberikan perhatian.
Ada beberapa perkara yang ditulis oleh Dr Agus boleh diterima sebagai satu pandangan yang baik, namun ada juga yang perlu diberikan penjelasan balas. Dengan tidak menafikan hak beliau untuk memberikan pendangan, saya kira ada beberapa penjelas boleh diberikan.
1. Dalam soal pembinaan lebuhraya, Dr Agus menulis bahawa tidak ada sebarang pengumuman rasmi berkenaan pembinaan lebuhraya tersebut. Saya kira ini agak terasar kerana pada 4 Ogos yang lepas sudah disiarkan kenyataan Anggota Exco kerajaan negeri, YB Haji Hanifa Ahmad di dalam laman harakahdaily yang menyebut bahawa kerajaan negeri telah melantik konsultan baru pada 26 Julai lalu bagi menyediakan kertas cadangan projek berkenaan. Langkah itu dibuat memandangkan konsultan sebelum ini mengundur diri. Syarikat tersebut iaitu Syarikat Ecobound Sdn Bhd dengan kerjasama Emirates House Group merupakan sebuah syarikat berpangkalan di Abu Dhabi dan sekarang sedang menyiapkan cadangan lengkap projek tersebut. Mereka diberikan tempoh tiga bulan bagi menyediakan kertas cadangan projek secara menyeluruh untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri. Justeru, jika dikatakan langsung tiada perkembangan, saya kira agak kurang adil di pihak Dr Agus untuk menyatakan demikian. Kenyataan Exco Kelantan tersebut boleh dilayari di sini : http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/21243-syarikat-abu-dhabi-minat-projek-lebuh-raya-rakyat
2. Secara sinis, Dr Agus menyebut bahawa satu-satunya pembaharuan yang dibuat oleh Kelantan ialah membenarkan qariah bertanding di dalam pertandingan tilawah. Kurang pasti apa maksud sebenar beliau menulis demikian, cuma suka ditegaskan bahawa polisi untuk membenarkan qairah kembali bertanding telah diputuskan oleh bekas Menteri Besar Kelantan sebelum ini. Dr Agus boleh melayari youtube dan menyaksikan sendiri kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 11 Jun 2012 : http://www.youtube.com/watch?v=Ub421TbagzM
3. Suka untuk saya nyatakan ada beberapa perkara yang telah diumumkan oleh YAB Ustaz Dato Menteri Besar Kelantan namun barangkali kerana tidak mendapat liputan besar-besaran oleh media, Dr Agus gagal untuk mengetahui tentangnya. Antaranya ialah polisi penempatan kakitangan yang mesra keluarga telah diumumkan oleh kerajaan Kelantan beberapa minggu lepas. Anda boleh layari laman sosial YAB Menteri Besar Kelantan dan melihat betapa banyaknya respon positif yang diterima daripada pembaca. Mereka bukan bukan doktor falsafah dan bukan pensyarah, namu mereka menghargai usaha yang dilakukan oleh Kelantan.
4. Demikian juga dengan penegasan YAB Ustaz dato Menteri Besar Kelantan selepas mesyuarat pertama exco kerajaan negeri yang menyebut bahawa agenda utama Kerajaan Kelantan selepas pilihanraya ini ialah menjadikan pembinaan rumah mampu milik sebagai misi yang perlu dicapai. Dr Agus boleh menyaksikan kenyataan tersebut di laman youtube di alamat : http://www.youtube.com/watch?v=W8vUII40PnY
Saya menulis sebagai respon balas ini atas sifat saya sebagai anak Kelantan tidak mewakili sesiapa. Saya mengucapkan syabas atas pandangan Dr Agus namun dalam masa yang sama, ada beberapa perkara yang memerlukan penjelasan. Pada saya, kritikan Dr Agus tanda beliau prihatin kepada Kelantan cuma lebih cantik jika beliau membuat kajian yang lebih mendalam di masa akan datang.
Kepada barisan exco Kelantan, jika ada kebaikan dari tulisan Dr Agus ini, ambillah sebagai panduan kerana rakyat sedang memerhati.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
-Ahmad Fadhli Shaari
Nota: Ahmad Fadhli Shaari adalah setiausaha akhbar mantan MB Kelantan TG Nik Aziz Nik Mat

1 ulasan:

aljo berkata...

Ulasan balas begini nampak lebih leberal dan amat dibenci oleh puak2 sakai terengganu terutama si batu api spesis ostad cap din ayam... entah dari kampung mana datangnya