Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Jun, 2013

Aishhh! PDRM ni bantu naikkan saham Husam menjelang muktamar!


Husam sempat mengimamkan solat semasa ditahan di balai polis.


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Selangor semalam untuk siasatan berhubung kenyataannya yang mengatakan peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan haram 'Black 505' di Padang Merbok di sini sebagai mati syahid.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, Husam ditahan di sebuah restoran di Desa Pandan, Ampang di sini pada pukul 3.30 petang mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Husam yang telah mencukur janggut dan misai ditahan berhubung satu laporan polis yang dibuat di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Jun lalu berhubung ucapan yang dibuatnya di Padang Majlis Daerah Ketereh.
Dalam pada itu, pelajar Universiti Teknologi Mara, Khalid Mohd. Ismath, 23, turut ditahan mengikut Akta Hasutan dan dibawa ke IPD Kajang semalam.
Khalid ditahan di Jalan Gelang 6, Bandar Putri Fasa 2, Klang, Selangor pada pukul 5.45 petang berhubung kenyataan dalam Facebook miliknya yang mendakwa kejayaan perhimpunan itu ialah apabila kenderaan polis diterbalikkan.
Sementara itu, tinjauan mendapati perhimpunan yang diadakan pada pukul 2 petang dihadiri kira-kira 16,000 peserta sekali gus tersasar jauh daripada yang dianggarkan iaitu sejuta orang.
sumber

P/S: Nampaknya ada yang dah menyesal tak terlibat secara langsung dengan Black 505. kah kah kah!

2 ulasan:

Unknown berkata...

Dato Husam seorang yang Istiqamah dalam perjuangan, mana2 persatuan pun ada krisis, Zaman sahabat pun perkara ini berlaku..Moga Allah pelihara parti Islam dalam melayari bahtera Dunia yang penuh fitnah dan pancaroba..hehe

XUMNO berkata...

Sahabat Sniper belajar mengira dengan Rais Yatim ke?