Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 Jun, 2013

Konsep kepimpinan ulama tidak ada dalam budaya Ahlus SUnnah wal Jamaah.


Para ulama Syiah yang dihantar untuk terlibat dalam medah politik terlebih dahulu mendapat latihan yang begitu giat dalam hal2 berkaitan ilmu pentadbiran, politik serta ekonomi. Dengan kata lain, bukan semua yang berkelulusan agama dibenarkan oleh aliran Syiah untuk masuk terlibat dalam dunia politik. Hanya mereka2 yang terlatih dan layak serta berkerampilan sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam politik.


Konsep kepimpinan ulama ini tidak ada dalam budaya Ahlus SUnnah wal Jamaah. Malahan, syarat menjadi Khalifah pun tidak mewajib mempunyai ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat FAQIH (ataupun ulama).


Pun begitu, kalau kita lihat di Qom, para ulama Syiah yang dihantar untuk terlibat dalam medah politik terlebih dahulu mendapat latihan yang begitu giat dalam hal2 berkaitan ilmu pentadbiran, politik serta ekonomi. Dengan kata lain, bukan semua yang berkelulusan agama dibenarkan oleh aliran Syiah untuk masuk terlibat dalam dunia politik. Hanya mereka2 yang terlatih dan layak serta berkerampilan sahaja yang dibenarkan untuk terlibat dalam politik.


Menurut Datuk Asri, PAS telah terpengaruh dengan Iran
“…..the new Pas leaders were obsessed with the idea of shi’ite rule and would adopt the Iranian system by violent means if necessary” (Asia Week 3 Dis 1982: 7)

“……sikap ekstrim yang dilahirkan oleh setengah kalangan, terutama di kalangan Dewan Pemuda PAS yang telah mengadakan muktamar tahunanya secara berasingan di Bukit Mertajam, dan pro revolusi Iran telah berjalan dengan rancak sekali dan merebak dengan cepatnya kedalam sebuah organisasi PAS sehingga tidak mampu dibendung lagi. Demikian pula suasana yang berlaku dalam muktamar tahunan PAS dengan menunjulnya revolusi Iran yang dilaung dan dipamerkan (Asri 1993: 114, Mastika Januari 83: 8-12, Utusan Malaysia 2 April 1982: 2)

Dewan Pemuda Pas yang mempelopori kepimpinan ulama’ telah mengadakan lawatan rasmi ke Iran sebagai mewakili gerakan Islam di Malaysia untuk mengiktiraf kejayaan kepimpinan ulama’ di Iran. Rombongan ini disertai oleh Haji Subki Abdul Latif setiausaha Dewan Pemuda Pas dan dua orang ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz abu Bakar Chik dan Ustaz Suhaimi Haji Ahmad (penyata Tahunan Dewan pemuda PAS, 1981-1982: 6).
Pada bulan Jun 1982 sekali lagi Dewan pemuda Pas mengadakan lawatan ke Iran dengan diketuai oleh Mustafa Ali dan Mohd Rusdi Arif untuk meninjau keberkesanan kepimpinan ulama’(Penyata Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat, 1981-1982: 6).

Apabila soalan ditanya kepada Fadhil Noor apakah Pas hendak ikut Iran? Beliau menjawab kita akan ikut negara yang pegang polisi al-Quran, Hadis, Ijma’ Ulama’ .(Mastika Jan 83: 17)

Pemimpin Umno menuduh Pemimpin PAS suka pergi ke Iran maka Haji Hadi jawab “we go every where we see every body and we talk about all things” (New Strait Times 13 November 1983: 4)

Sungguh pun begitu Pas menyifatkan mereka hanya menjadi perjuangan Ulama’ Iran sebagai sumber aspirasi sahaja dan tidak lebih daripada itu. Ini dapat dilihat dari kenyataan Tuan Guru Nik Aziz yang menyifatkan perjuangan Ulama’ Iran sebagai pemimpin Islam yang perlu dicontohi malah beliau turut mengakui sering mendengar meniru ucapan pemipin Iran itu.(Dunia Islam Feb 1995: 19)

Sungguhpun begitu adalah sukar untuk mentafsirkan perjuangan PAS diresapi semangat dari Iran kerana dalam banyak perkara suasana di Iran dan di Malaysia adalah jauh berbeza. Ini diakui oleh Yusuf Rawa, bahawa memang apa yang berlaku di Iran memberi rangsangan kepada PAS tetapi revolusi tidak sesuai untuk di import ke Malaysia(New Strait Time 4 Jan 83: 5)

Begitu juga sukar untuk membuktikan PAS telah menerima doktrin Syiah dalam perjuagan mereka. Tindakan PAS memecat ahlinya yang disyaki terlibat dengan kegiatan Syicah membuktikan PAS tidak mahu dikaitkan dengan ajaran syicah. Seramai lapan orang ahli PAS di Perak telah diambil tindakan tatatertib iaitu Ustaz Ahmad Jildbaz Mukhlis bin Mokhtar Ghazali, Sdr. Munawir Mahmud, Sdr. Mohd Zain b. Abdul Rani, Saudara Ariff Muhammad, Saudara Shamsuddin Razali, Saudara Zulkifli Said dan Saudara Razali Kassim(PAS/PA/1.06/1.03/97-98(8) bertarikh 12Zulhijjah 1418/9 April 1998)

Bagi mengesahkan kepimpinan Ulama’ di peringkat PAS Pusat maka pindaan Perlembagaan PAS dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS Pusat yang ke 29 pada pada 29 April 1983 telah meluluskan pindaan Perlembagaan PAS bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama’ .Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik(Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987: 4-9). dan Ustaz Haji Yusuf Rawa dilantik sebagai al-Mursyidul Am Pas pertama pada Nov 1987 (Harakah, 27 November 1987: 1)

Majlis ini berfungsi sebagai badan yang memantau dan mengawal agar perjuangan parti terus selari dengan syariat Islam. Ustaz Haji Yusuf Rawa menegaskan penubuhan ini untuk mengembalikan peranan Ulama’ sebagai pemimpin ummah dan segala dasar, segala keputusan parti akan sentiasa berpaut kepada ajaran Islam dan tidak akan keluar daripada panduan dan bimbingan mereka (Yusuf Rawa, 1987: 18).


P/S: Perkataan ulama dijual dengan sebegitu murah terutama nya di musim pemilihan parti semata-mata untuk mendapat sokongan dari perwakilan untuk diundi. Samada ia layak atau tidak untuk berkecimpung dalam politik tidak menjadi isu. Yang penting haruslah ia mempunyai gelaran ustaz walaupun hanya sekadar lulusan bahasa Arab dari Al Azhar sahaja

 Hujjah yang lagi satu adalah kepimpinan ulama hanya merujuk kepada kedudukan Majlis Syura Ulama. Kepimpinan ulama tidak pernah mensyaratkan golongan ustaz wajib memegang jawatan Presiden serta Timbalan Presiden PAS. Malahan, sekiranya TIADA seorang pun golongan ustaz yang dipilih di peringkat AJK PAS Pusat sehingga ke Presiden, kepimpinan ulama masih tetap wujud dalam PAS. 

Jadi, berhentilah jual nama ulama demi mendapat jawatan dan pangkat serta menjadi calon pilihanraya. Kelak kamu akan dilaknat. - sumber





Tiada ulasan: