Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 Jun, 2013

PAS yakin menang Kuala Besut




Tidak mustahil PAS menang PRK Kuala Besut

Harakahdaily,28 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Kemenangan bukan suatu perkara yang mustahil dalam suatu pilihan raya kecil (PRK), kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.

Ini, katanya kerana PAS mempunyai pengalaman dan pernah menang pada PRK Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009.

Yang penting, kata beliau, apa juga strategi yang digunakan, matlamat PAS adalah untuk meningkatkan undi dan menjadikan undi PAS lebih banyak daripada BN.

"Kita nak tambah undi kita. Kita berusaha ke arah menambahkan undi kita. Tambah undi, kena undi kita lebih banyak dari BN. Kita akan sepakat seperti pilihanraya-pilihanraya yang lepas.

“Cara-cara kempen itu, cara biasa dalam pilihanraya untuk mendapatkan undi rakyat," jelasnya dipetik Buletin Online.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pihak media mengenai PRK Kuala Besut yang bakal diadakan berikutan kekosongan kerusi Dun Kuala Besut ekoran kematian wakilnya, Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Oleh itu, beliau mahu supaya seluruh cawangan, jentera dan ahli-ahli PAS, khususnya di kawasan Besut dan Dun Kuala besut supaya membuat persiapan awal bagi menghadapi PRK Dun berkenaan.

Beliau yang juga Adun Wakaf Mempelam berkata walaupun menurut rekod PAS hanya menang dua kali di Dun Kuala Besut tetapi tidak mustahil PAS boleh mencipta sejarah dan menang buat kali ketiga.

"Bukan perkara yang mustahil untuk menang kali yang ketiga. Apa yang berlaku sekarang ini, bukan sahaja Kuala Besut, Dun-dun lain pun begitu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat PAS negeri di Kuala Terengganu, semalam.

P/S: Iya la tu. Sama la kat Perak. Saksikan di bawah analisa PRU13 aku vs analisa pengarah pilihanraya PAS Perak. 


Analisa The Sniper

Analisa PAS Perak


1 ulasan:

Malaysiabaru berkata...

ADA UFO MASA DEPAN memberitahu jika PAS letak USTAD AZHAR IDRUS maka buat pertama kali dlm sejarah PAS akan menang sebuah negeri dgn usaha sendiri... dan akan ada seorang ulamak popular bagi menggantikan NIK AZIZ...

kita dapat lihat kepimpinan ulamak bukan lagi di kelantan tetapi d terengganu d mana batu bersurat mula di jumpai dan tersebar islam ke nusantara...

p.s tok ayoh HADI PINg mung jange menyebok.... pencen je laaah