Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

03 Jun, 2013

Azmin semakin dipinggirkan. Cantekkkkk!



Azmin dan para pengampu beliau.

Baca:

Post Pic
orang Azmin!

SHAH ALAM: PKR Selangor mendakwa tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Datuk Saifuddin Nasution sebagai pegawai perhubungan politik negeri.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei berkata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) mengenai tindakan melantik Saifuddin sebagai perantara politik antara parti dan kerajaaan negeri.

“MPN Selangor akan meminta penjelasan lanjut daripada Tan Sri Abdul Khalid kerana timbul pertanyaan mengapa pula Setiausaha Agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” lapor akhbar Sinar Harian.
Shuhaimi mendakwa saranan MPN Selangor pada Kongres Nasional PKR ke-9 bulan lalu untuk meletakkan wakil politik dalam pentadbiran negeri, ditolak.

“PKR Selangor bertegas saranan pemantapan organisasi melibatkan ahli Pakatan Rakyat berkelayakan perlu dilakukan dan menyokong apa juga usaha pemantapan secara menyeluruh perlu segera dilaksanakan bermula di pejabat MB, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), pihak berkuasa tempat (PBT) dan seterusnya GLC lain,” katanya.

Pada kongres lalu ADUN Seri Muda itu dalam perbahasannya mencadangkan agar ahli parti diserapkan ke dalam pentadbiran negeri termasuk GLC dan pihak berkuasa tempat (PBT) di Selangor.

Namun tiada sebarang kata putus dari pentadbiran Khalid mengenai cadangan itu.

Pada kongres yang sama Khalid mengumumkan penubuhan bahagian perhubungan politik untuk memperbaiki kelemahan dalam aspek politik dalam pentadbiran Selangor.

Khalid berkata individu berkenaan akan mengendalikan hal ehwal politik dalam negeri dan Saifuddin diumumkan sebagai pegawai berkenaan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhubung dengan pengumuman Abdul Khalid itu, media melaporkan PAS juga mahukan pimpinan pusat mereka turut dilantik di jawatan sama kerana Selangor bukanlah negeri PKR semata-mata.

Dalam Pilihan Raya 2013, PR memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, meningkat daripada 36 kerusi yang diperoleh pada 2008.

PKR menang 14 kerusi berbanding DAP dan PAS yang masing-masing memperoleh 15 kerusi. Barisan Nasional (BN) pula memenangi 12 kerusi.



P/S: Nampaknya Anwar Ibrahim pun dah tak larat nak menjaga si Azmin. GLC2 di Selangor pun dengar khabar orang2 Azmin langsung tak dibagi muka! Cantekkkkk! Nampak gayanya selepas ni Azmin akan terkontang-kanting sorang2. Hambekkkkk!


Apa2 pun, tahniah kepada MB Khalid Ibrahim yang mengutamakan kemakmuran rakyat Selangor!




Pinjam jap lagu ni. hahaha




Dah dengar lagu baca pulak komen macam gampang dari sahabat aku si Cipan Tapir Tenuk. Hahaha

Ahli Semua Tak Tanya Pun

Bhai.... Hahahaha... seperti yang gua dah agak awal pagi tadi... biler isu nih mula keluar dalam Sinar Harian..

hahaha...  ayat cover-up kaki-kaki yang nakkan laba dan untung mula kedengaran.... 

menggunakan ayat kononnya semua ahli PKR dan PR tertanya-tanya..... hahaha...

Walhal... takder saper pon yang tertanya-tanya... ahli semua tak tanya pun.... hahaha.. 

Even ahli PKR pon tak tanya.... malah ahli Pakatan Rakyat, pengundi dan penyokong serta pendokong pon
 tak tanya...

Yang tanya hanyalah Shuhaimi Shafiei.... kini Azmin Ali... dan kalu kita rajin nak dengar... 

by malam nanti mulalah Zuraidah akan mula melalak samer... hahaha...

Diorang nih jer yang tertanya-tanya... kenapa ader perlantikan Pegawai Perhubungan Politik....... hahaha..... 

Biasa la... yang akan kecoh nih aderlah orang-orang yang jenis kelapaq harta ghanimah.... 

harta rampasan perang... hahaha... nakkan jawatan CEO la... aper la.... 

nak dapat semua kuasa dan wang ringgit.... hahahaha....

Kalu macam nih la perangai... gua harap la pada pemilihan PKR yang akan datang... tolong aaaa... 

tolong humban jauh-jauh mangkuk-mangkuk nih..... mangkuk-mangkuk jenis mahukan laba dan untung.... 

Wei... jangan ingat dalam UMNO jer ader macam nih... dalam DAP, PKR dan PAS pon ader... 

kalu dalam PAS tue... siap berjubah berserban lagi.... hahahaha....

Aper nak jadi aaaa..... ini bukan wakil kepada rakyat... ini wakil diri sendiri jer....  

Ahli semua tak tanya pun lar..... hahaha... memandai jer guna nama ahli.... aper daaa.....

KAH KAH KAH!


2 ulasan:

ras abu berkata...

Azmin, Zuraida dan Suhaimi perlu disingkirkan dari PKR - perangai yang membuatkan rakyat marah

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Hahaha... betul.... mana ader lu dengar ahli peringkat bawahan yang tanya pasai benda tue... diorang tak heran pon.... hahahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot