Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Jun, 2013

Sebab musabab PAS kalah, menang, kalah!


PAS telah lama berada di arena politik negara. Parti ini dikenali di kalangan pengundi sebagai parti yang gemar melabelkan sesuatu perkara dengan perkataan halal dan haram tanpa berbuat sesuatu untuk meningkatkan pengetahuan agama di kalangan masyarakat kecuali di kalangan mereka di markaz2 mereka. Mungkin kenyataan ini tidak benar sepenuhnya tetapi inilah anggapan pengundi secara tipikal terhadap PAS. Anggapan ini menyebabkan PAS amat sukar memenangi hati pengundi2 melayu.

Sebelum PRU10, Barisan Alternatif telah ditubuhkan.

***************************************************************

Barisan Alternatif (BA) merupakan gabungan parti politik yang terdiri daripada parti-parti pembangkang utama di Malaysia demi mengurangkan majoriti kerajaan Barisan Nasional (BN). BA ditubuhkan pada 1999 dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1999Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008. Ianya terdiri daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS),Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM)
BA tidak pernah didaftarkan di Pendaftar Pertubuhan. Tidak ada mana-mana pihak sama ada DAP, PKR mahupun PAS yang mahu mengusahakan pendaftaran Barisan Alternatif kerana merasakan pertubuhan politik secara rasmi tidak diperlukan. Oleh itu logo Barisan Alternatif tidak boleh digunakan semasa mana-mana pilihan raya kerana ia bukanlah satu parti yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia, menurut subperaturan 11 (2) (c) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.[1] Semasa pilihan raya, hanya simbol parti yang bertanding dibenarkan digunakan
Sumber

***********************************************************************************

Hasilnya, pandangan pengundi terhadap PAS mulai berubah. PAS  mulai dianggap sebagai lebih liberal. PRU10, PAS berjaya berkuasa di Terengganu . Malangnya, panas yang dijangka sehingga ke petang rupa2nya hujan di tengahari. Dengan kemenangan di Terengganu PAS mulai sombong dan lupa diri. Mereka mulai menganggap kemenangan PAS di Terengganu adalah kerana pengundi mulai menyokong PAS dan bukannya kerana pandangan pengundi telah berubah kerana kesudian PAS bergabung membentuk Barisan Alternatif.

Akhirnya, Barisan Alternatif berpecah dan PAS Terengganu tersungkur dalam PRU11 akibat kesetiaan pengundi luar parti kepada PAS mulai pudar!

Tahun 2004, Anwar Ibrahim keluar dari penjara. Gabungan baru di bentuk (Kemudiannya diberi nama Pakatan Rakyat selepas kemenangan PRU12). Kedah, Perak, Penang, Selangor di kuasai Pakatan Rakyat. DAP di Penang. PKR di Selangor. PAS di Perak dan Kedah.

Sekali lagi PAS kembali kepada perangai lama selepas PRU10! Keputusannya Kedah jatuh dan Terengganu gagal dikembalikan kepada PAS. Sebab? pengundi2 terutama pengundi2 baru melihat PAS kembali tamak dan lupa diri! Tingkahlaku PAS yang berebut DUN dengan PKR untuk lebih dominan dalam pemerintahan negeri telah merosakkan segala-galanya! Ayam terlepas, tangan bau taik. Padan muka!

bersambung...... (kalau aku rajin)

Saksikan kenyataan pelakon utama penyebab Kedah tumpas dan Terengganu gagal dirampas semula.



P/S: Aku menulis berdasarkan pandangan peribadi.


6 ulasan:

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Dan gua mengulas mengikut pandangan peribadi gua... Hahaha...

Gua stuju ngan pandangan lu.... hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

Yong berkata...

Oit, apesal sumer dah guna ayat pandangan peribadi ni?

Hahaha…Yong pun tulis guna pandangan peribadi jugak.

Tanpa Nama berkata...

Dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan PAS di Markas Tarbiyah Taman Melewar 1 Jun lalu, apabila ditanya mengenai pendaftaran Barisan Alternatif sebagai satu parti, Fadzil Noor menjawab mereka tidak boleh berbuat demikian kerana peraturan Pendaftar Pertubuhan menghendaki ada sekurang-kurangnya tujuh buah parti, baharulah boleh diterima untuk didaftarkan sebagai satu parti gabungan.

Tanpa Nama berkata...

Tambahan komen sebelumnya - merujuk kpd Muktamar tahun 2001

scarlet berkata...

hahaha geng syaitan yg tidak di kenali juga tu sbb de hussin tu hussin dan geng jin de tocang..hahaha geng suke perlekehkan ulamak dan pro-anwar dan kolid samad gila jawatan hahaha

TheSniper berkata...

scarlet,
Ostad2 dalam yg qualify ulama Nik Aziz sorang je. Yang lain tu kalau sorok kitab kuning kompom mengelupur. hahaha