Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Jun, 2013

Pak Din ditawar jawatan speaker sebab Zambry nak kencing MIC?

Pak Din- Zainuddin Yusof calon PAS N20 Lubuk Merbau

Sebelum ni telah diwar2kan Pak Din telah mendapat tawaran dari Zambri dengan memujuk beliau menjadi speaker dewan negeri Perak dengan meloncat masuk Umno..

Tapi Pak Din Tolak..,


Pasai Pak Din kata nanti esok bila aku mati orang akan ludah kubur aku ..Pak Din tak nak semua itu,pencen Pak Din pun banyak ,Pak Din Tak mau jadi pertualang PR.

G. Palanivel: “Kita tidak mengancam sesiapa.” – Gambar failKUALA LUMPUR, 10 Jun – Datuk Seri G. Palanivel telah menafikan mengugut Barisan Nasional (BN) Perak berhubung jawatan Speaker, mengatakan MIC hanya meminta sesuatu yang telah menjadi milik parti itu.


Presiden MIC itu mengatakan adalah “salah” untuk melabel kata putus partinya sebagai ancaman, mengingatkan pengkritiknya jawatan itu diberikan kepada MIC apabila BN menguasai semula Perak pada 2009 selepas perebutan kuasa dengan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau menambah dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan kerajaan negeri Perak memulangkan jawatan itu kepada MIC.
“Kita tidak mengancam sesiapa. Kita hanya meminta apa yang dimiliki oleh kita, Kita telah dinafikan apa yang menjadi milik kita sebelum pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider melalui email hari ini.
Palanivel mengulas kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong BN Perak Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang dilaporkan pada Ahad menyelar MIC kerana tidak mahu mengambil jawatan kerajaan jika tidak diberikan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Kenyataan Presiden MIC Datuk G. Palanivel mengenai perkara tersebut merupakan ancaman jelas terhadap Zambry. Beliau telah membuat dirinya tidak layak untuk memimpin parti itu," kata Khusairi dipetik berkata dalam akhbar New Straits Timessemalam, merujuk kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Akan tetapi Palanivel mengatakan Zambry seharusnya memberikan komen mengenai perkara itu dan bukan orang lain.
Beliau mengingatkan menteri besar Umno penggal kedua itu, komuniti India memberikan sokongan kuat kepada calon BN dalam Pilihan Raya 2013, membantu gabungan itu memenangi negeri tersebut dalam pilihan raya paling sengit itu.
Dalam Pilihan Raya 2008, kata ahli Parlimen Cameron Highland itu, masyarakat India telah meninggalkan BN menyebabkan gabungan itu gagal mempertahankan Perak buat pertama kali.
“Adalah salah mengatakan kita mengamcam. Kita hanya mahukan jawatan speaker itu kembali,” kata beliau dalam kenyataannya.
“Apabila pembangkang berkuasa, kita mempunyai speaker India. Apabila BN mengambil alih, speaker India telah dilantik,” katanya.
Apabila Pakatan Rakyat (PR) menguasai Perak diantara 2008 dan 2009, jawatan Speaker DUN diberikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh pada ketika itu V. Sivakumar dari DAP, orang India pertama dalam negeri Perak memegang jawatan itu.
Apabila BN kembali memerintah kerajaan negeri, jawatan speaker diberikan kepada Pengerusi MIC Perak Datuk R. Ganesan.
themalaysianinsider.com

Tiada ulasan: