Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Jun, 2013

Sebab musabab PAS kalah, menang, kalah! (2)


Dalam part 1 ditulis

Sekali lagi PAS kembali kepada perangai lama selepas PRU10! Keputusannya Kedah jatuh dan Terengganu gagal dikembalikan kepada PAS. Sebab? pengundi2 terutama pengundi2 baru melihat PAS kembali tamak dan lupa diri! Tingkahlaku PAS yang berebut DUN dengan PKR untuk lebih dominan dalam pemerintahan negeri telah merosakkan segala-galanya! Ayam terlepas, tangan bau taik. Padan muka!

Ok. Sekarang jom kita lihat keputusan kerusi dimenangi PAS Perak dalam PRU12


Dalam 10 DUN di atas, Gunung Semanggol dikecualikan kerana di sinilah munculnya PAS!

DUN menang yang paling ramai pengundi melayu adalah Titi Serong. Di sini juga PAS sepatutnya menang kerana mendapat tempias dari Gunung Semanggol.

Di antara DUN yang kalah Sg Rapat telah mencapai kemenangan dalam PRU13. Kenapa? Adakah PAS telah mendapat kepercayaan pengundi? Tidakkkkkk!

Sg Rapat mencapai kemenangan kerana pertambahan pengundi baru hampir 13 ribu akibat Zambry dah pedajai Hamidah taik lalat yang memeningkan kepala beliau dalam pentadbiran negeri!

Jom lihat peratusan baru populasi kaum DUN Sg Rapat dalam PRU13.


Dan faktor utama adalah Radzi Zainon! Tahniah kepada Radzi Zainon yang telah menampilkan imej yang lebih liberal!

Dah terlajak. Kita kembali semula kepada persoalan kenapa di DUN2 PAS pengundi melayu bawah 75% kalah dalam PRU12.

Yang ni best! jeng jeng jeng!

Faktor utama adalah calon! DUN yang menang menampilkan calon berimej liberal plus aura Anwar Ibrahim yang menyebabkan PR berjaya mengambilalih 4 negeri!

Yang kalah? Macam biasa,  kerana masih lagi berebut undi melayu dengan UMNO dan PAS kawasan tidak dapat menarik minat kaum2 lain menyokong mereka!

Adakah PAS mengambil ikhtibar dari keputusan PRU12? Tidak! Apa yang berlaku kerana menyangka PR gerenti menang di Perak geng2 PAS berebut nak jadi calon walaupun ada yang pernah kalah 2,3 kali! Berebut sesama sendiri takpe lagi. DUN kawan2 dalam PR pun depa nak ambik!

bersambung......(kalau aku rajin. hahaha)

Tiada ulasan: