olleh: KOG
Umno sebenarnya empat kali dimalukan hari ini.
Pertama, akibat calon BN bagi kerusi parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa yang sepatutnya menyerahkan borang pencalonan, akhirnya tidak berbuat demikian.
Kedua, keputusan naib ketua wanita Umno, Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket bebas di parlimen Kuala Kangsar menentang calon BN sendiri, Wan Muhamad Khairil dan calon PAS, Khairil Idham Lim, seterusnya membuat pengumuman keluar Umno serta-merta.
Manakala sebab ketiga adalah semakin ramai ahli Umno bertanding atas tiket bebas termasuk bekas menteri pertanian, Shariff Omar di parlimen Tasek Gelugor serta bekas Exco kerajaan Kedah, Fadzil Hanafi yang menongkah arus bertanding sebagai calon bebas di DUN Alor Mengkudu.
Dan terakhir, tiada satu pun kerusi yang ditandingi mendapat laluan mudah, kesemua 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN mesti dihadapi dengan apa cara sekalipun termasuk rasuah dan politik lucah.
Bagaimanapun, dari tiga sebab tersebut, melarikan diri dari medan perang lebih dianggap serius dan memalukan Umno sebagai tunjang BN di seluruh negara kecuali di Sarawak.
Sebab pertama hanyalah menentang keputusan parti dan BN dan tidak lari dari berperang tetapi cabut lari ketika berperang sudah tentu gerombolan tentera akan dianggap sebagai pengecut.
Kegagalan Che Johan menyerahkan borangnya pagi tadi dianggap pengerusi perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai mengejutkan.
Mustafa yang seakan 'tidak percaya' berkata, watikah telah pun diserahkan kepada Che Johan sebelum hari penamaan calon.
“Ini satu peristiwa yang mengejutkan kami dan kita perlu siasat kenapa perkara ini berlaku. Diharap siasatan dapat disegerakan. Ini adalah maruah parti dan kita mengharapkan calon parti kita bertanding,” katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli pagi tadi.
Semasa proses penamaan calon di Pasir Mas, Che Johan yang juga timbalan ketua Umno bahagian, biarpun hadir ke tempat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, namun tidak menyerahkan borang pencalonan.
Ekoran itu pertembungan di kerusi tersebut satu lawan satu antara calon Bebas, Ibrahim Ali dengan anak Mursyidul Am PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz.
Mustapa berkata, peristiwa yang berlaku itu membimbangkannya.
“Yang membimbangkan saya, kita sebuah parti yang besar BN, tak bertanding, maka itu sebab perlu segera mengadakan pertemuan dengan Biro Politik BN untuk mengatur strategi di Parlimen Pasir Mas,” ujarnya.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Mohd Amar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Pasir Mas itu dianggap sebagai ‘pengkhianatan' adan menipu penyokongnya sendiri.
“Ini petanda BN akan terus dipinggirkan rakyat di negeri ini. Nasihat saya kepada penyokong BN tidak perlu keluar mengundi kerana mereka tidak ada calon di Pasir Mas.
“Mereka nak undi siapa, Ibrahim bukan calon mereka, tetapi beliau bertanding atas tiket Bebas,” ujarnya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Pengkalan Chepa.
Sementara Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Hanifa Ahmad berkata, peristiwa yang berlaku tersebut begitu mengejutkan pemimpin dan penyokong Umno yang hadir pada perarakan calon.
“Kemungkinan ia bukan satu taktik Che Johan, tetapi mungkin arahan daripada pihak atasan dengan harapan Ibrahim boleh menang,” katanya ketika dihubungi di sini.
Menurutnya, pasukan kempen bekas Ketua Umno Pasir Mas dalam kempen mereka menganggap Ibrahim adalah calon boleh menang.
“Saya lihat sendiri Che Johan hadir bersama pencadang dan penyokongnya di pusat penamaan calon, namun sehingga pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi, hanya diisytiharkan dua calon sahaja.
“Dan saya yakin dia tidak serah borang pencalonan. Jika dia serah borang dan diisytiharkan bertanding, maka berlakulah pertandingan tiga penjuru di antara PAS, BN dan Bebas,” ujarnya.
Itu kata Mustapa sebagai bos Umno dan BN negeri.
Tetapi walaupun 'nasihat' Mahathir yang mahukan Ibrahim diberi peluang bertanding terlaksana, namun Umno sudah hilang harga diri dan maruah parti.
Ternyata Mahathir sanggup membelakangkan partinya yang pernah meletakkan dirinya sebagai perdana menteri paling lama dalam sejarah negara atas kepentingan peribadi dan rakan-rakannya.
Umno bahagian malah Umno Kelantan sendiri sudah tentu akan mendesak Che Johan dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno kerana tindakannya yang seperti diarahkan boleh mengakibatkan pemecatan secara automatik.
Di manakah maruah Umno bahagian apabila ada bekas pemimpin sanggup mencampuri urusan dalaman parti walaupun individu tersebut bergelar bekas presiden Umno?
Alangkan Umno boleh diharamkan pada 4 Februari 1988 sebab tindakan 'Kumpulan 13' mengheret keputusan pemilihan agung pada 1987 pun atas 'tangan-tangan Mahathir' ke atas sistem kehakiman negara, inikan pula mencatur kawan baiknya Ibrahim supaya peluang menang di Pasir Mas tetap menyala.
Najib Altantuya dan Muhyiddin Yassin bukan malu kepalang melihat tindakan Mahathir dan sepatutnya bukan saja Che Johan dilucutkan keahliannya bahkan Mahathir sendiri!
Persoalannya, mampukah Najib Altantuya menentang bekas presiden Umno itu yang masih dilihat berpengaruh dalam parti itu?
Atau adakah 'perjanjian tertentu' yang mengikat kedua-dua pemimpin tertinggi Umno itu supaya tunduk dan patuh sahaja ke atas arahan Mahathir selama mereka masih berkuasa?
Benarlah kata-kata Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim bahawa Najib Altantuya cukup takut kepada dua manusia yang dikenalinya, pertama suaminya sendiri Rosmah Mansor dan kedua, Mahathir Mohamad!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan