Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

15 April, 2013

PAS ganti UMNO atau PAS macam UMNO?


PAS rampas DUN/parlimen PKR. PKR rampas parlimen PSM. Terkini PAS letak calon di parlimen PKR. Sudahnya PRU13 bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru. Macam gampang!

Baca:

Langkah PAS dan PKR yang akan meletakkan calon masing-masing di kerusi parlimen Kangar sesuatu kejadian yang pahit bagi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dan mahu melihat kerajaan UBN tumbang.

PKR menerusi mufti Perlis Dr Juanda Jaya dikatakan akan bertanding di kerusi Kangar manakala PAS pula akan menurunkan bekas pengurus besar Pos Baharudin Ahamad untuk merebut kerusi berkenaan. PAS lebih dahulu mengumumkan akan meletakkan Baharuddin walaupun 'konsesus' sebelumnya antara PAS dan PKR menguar-uarkan Dr Juanda diletakkan di di situ.

Sekiranya tidak ada persefahaman di antara kedua-dua parti berkenaan sudah tentu kerusi Kangar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru. UBN sudah pasti akan mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Radzi Sheikh Ahmad sebelum ini.

Adalah diharap kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru ini dapat dielakkan. Masa masih ada untuk mencari jalan penyelesaian. Baik PAS atau PKR perlu meletakkan kepentingan perjuangan untuk menumbangkan UBN daripada kepentingan diri atau pasukan.

Sekiranya insiden ini tidak dapat dielakkan bimbang ia akan menjadi panduan atau ikutan di kawasan-kawasan lain yang menghadapi perkara sama. Tidak dapat tidak kalau ia gagal diselesaikan ia menjadi perbandingan.

Manakala UBN pula akan menggunakan insiden ini sebagai menunjukkan kelemahan atau kurang mantapnya hubungan atau pakatan parti dalam PR. SUMBER

Rampas merampas ni kalau PKR aku tau dah kerja Azmin Ali. Kalau PAS pulak tak lain tak bukan kerja arkitek UG si Mustapha Ali. Dua2 anak Ali!

Baca di bawah luahan hati blogger (KLIK) yang dah menyampah dengan senario yang sedang berlaku dalam PKR kini!

ABU bukan sekadar Asalkan BUkan Umno tetapi Anti Bodek dan Umpan!

Menuntut perubahan bermaksud menggantikan sesuatu yang buruk dan rosak dengan yang baru dan baik. Mengubah benda yang rosak dengan sesuatu yang lain tetapi juga buruk bukanlah perubahan. Sentimen ABU hari ini adalah slogan menukarkan umno yang buruk dan rosak kepada PR yang baru dan baik. Tetapi jika calon-calon PR yang dipilih tetap mengamalkan apa yang diamalkan oleh 'umno yang buruk' itu maka tidak gunalah perubahan.

Dalam keadaan mood hari ini menuntut untuk jatuhkan umno, ada oportunis membodek, melobi dan melabur untuk mendapat kerusi. Ini kerja jijik. Mengambil kesempatan. Akar umbi disejukkan dengan lagu 'sabar!', 'sokong!' dan 'bekerjasamalah' walhal cara kotor ini tidak lagi dapat disembunyikan. Ahli nampak. Tetapi segelintir ahli, dengan mood ABU ini akan bersifat apologetik. Kata mereka, jatuhkan umno dahulu barulah kemudiannya; setelah menang kita singkirkan yang jahat ini.

Reformasi yang hendak dilakukan mestilah berprinsip. Kotor tetap kotor. Tiada kompromi. Tiada peluang untuk beri peluang. Pimpinan tidak sewajarnya memikirkan parti adalah milik peribadi sendirian berhad atau tiga orang pekerja sendiri sahaja.

Politik baru ialah politik matang. Tiada ketaksuban kepada parti. Tiada kem cai-mengecai, tiada pemuja sosok individu, tiada autokratik tetapi lebih banyak berbincang mencari sebuah keputusan yang tepat.

Tersingkirnya orang-orang lama yang mempunyai rekod peribadi perjuangan yang cemerlang seperti Syed Hamid Ali di parlimen Batu Pahat, cikgu Lee Kim Sin penyandang kerusi Dun Kajang untuk memberi peluang kepada entah siapa-siapa dan tiba-tiba sahaja dijolok sebagai 'berjiwa besar' sangat menggelikan hati anggota parti apatah lagi jika kita bercakap tentang kepedulian rakyat.

Bukan rahsia lagi apabila muka-muka baru ini menggunakan taktik mengampu untuk mendapat kedudukan. Ini budaya lapok yang diamalkan umno. Yang selalunya kita laungkan 'Reformasi!' praktikalnya adalah di dalam parti kita sendiri.

Apa yang hendak direformasikan jika amalannya tetap sama?

ABU bukan perjuangan Asalkan Bukan Umno tetapi ABU adalah Anti Bodek dan Umpan!



1 ulasan:

mosabit berkata...

andai benar apa dikata..harap pas dan pkr kena sedar diri sebelum penamaan calon......jng jadi gampang tegar...rakyat memerhati kamu...kena paham betul2 tuuu...