Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

22 April, 2013

Ranap? BN atau PR?




Ini kata Najib:


Pekan: Pakatan parti pembangkang sudah ranap sejak hari penamaan kelmarin kerana berbalah dalam menentukan calon masing-masing, kata Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan negara.
“Nama sahaja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan rakyat di mana pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan.

“Dalam pembangkang, waktu pilihan raya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat... kalau tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu dan falsafah yang satu, maknanya ranap negara kita kalau kita beri kepercayaan kepada mereka.

“Sebaliknya, (rakyat) teruslah beri kepercayaan kepada BN... lebih-lebih lagi puak sana (pembangkang) sudah tak boleh pakai lagi sebab bila malam hari penamaan calon dah berbalah sama dia kerana ada kawasan PAS letak calon dan PKR pun letak calon,” katanya ketika merasmikan Projek Sentuhan Kasih FELDA Chini Timur 2 dan Kompleks Perumahan Kakitangan FELDA, di sini, semalam.

Najib juga berkata, rakyat tidak boleh memberi kepercayaan kepada pakatan seumpama itu untuk mengurus tadbir negara yang sedang mengalami perubahan besar menerusi dasar transformasi oleh BN.
Katanya, rakyat hendaklah terus memberi kepercayaan kepada BN yang turut melaksanakan perubahan membawa masa depan negara dan taraf hidup rakyat yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Perdana Menteri berkata, rakyat perlu sedar bahawa pakatan pembangkang sehingga kini tidak melakukan sesuatu untuk meyakinkan rakyat.

“Adakah mereka ini boleh dipercayai untuk membawa negara kita kepada keadaan lebih baik. Percayalah jika mereka kata nak ubah kepada perubahan... BN pun nak ubah kepada perubahan tapi yang bezanya kita berubah daripada dalam,” katanya.


Hakikat PR 7, BN 22! citt! poooooorah la lu Najib!


senarai pemimpin BN yang isytihar keluar BN dan bertanding atas tiket BEBAS.

1. Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim – Parlimen Kuala Kangsar

2. Bekas Timbalan Menteri Pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar – Parlimen Tasek
Gelugor,

3. Ketua Pemuda UMNO Sepang, Suhaimi Mohd Ghazali – Parlimen Sepang

4. Ahli Jawatankuasa UMNO Sepang, Hanafiah Mohamed – Parlimen Sepang

5. Ketua Penerangan UMNO cawangan Sungai Besi, Mokhtar Salahudin – Parlimen
Bandar Tun Razak

6. Setiausaha Kerja UMNO Bandar Tun Razak, Mohamad Sukeri Abdul Samat – Parlimen
Bandar Tun Razak

7. Ahli UMNO cawangan Bukit Persekutuan, Rusli Baba – Parlimen Lembah Pantai

8. Ahli UMNO Subang, Datuk Edros Abdullah – DUN Kota Damansara

9. Ketua UMNO cawangan Sungai Buaya Selatan, Mustaf Talib – DUN Batang Kali

10. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Seri, Datuk Fadzil Hanafi – DUN Alor
Mengkudu

11. Ahli UMNO Sungai Cawangan Limau, Sobri Ahmad – DUN Sungai Limau

12. AJK UMNO Bakri, Md Ghazali Salamun – DUN Bukit Naning

13. Timbalan Ketua UMNO cawangan FELDA Adela, Mohd Azaman Johari – Parlimen
Pengerang

14. AJK UMNO Ledang, Mohd Zan Abu – DUN Gambir

15. Ketua UMNO cawangan Parit Rabu, Yunos Mustakim – DUN Gambir

16. Ahli UMNO cawangan Kampung Banggol, Bekas Ahli Parlimen Setiu,
Mohd Yusop Majid – DUN Permaisuri

17. Bendahari UMNO cawangan Pekan Kertih, Zulkiflee Salleh – DUN Kemasek

18. Ahli UMNO cawangan Bukit Perah, Mohd Nuhairi Muhammad – DUN Ajil

19. Ahli UMNO cawangan Kampung Kubang Panjang, Ja’afar Jambol – DUN Alur Limbat

20. Ahli UMNO cawangan Kampung Ibol, Md Ali Mustafa bertanding – DUN Seri Menanti

21. Ketua UMNO cawangan Kikangsa Kayul, Jusbian Kenneth@Kini – DUN Kuala Penyu

22. Ahli Pemuda UMNO cawangan Sungai Sibugah, Mohd Arshad Abdul – DUN Sungai
Sibugah

23. Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan – Parlimen Batu Kawan, DUN Bukit Tengah

24. Penyelaras DUN Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe – DUN Kuala Kubu Bharu

25. Ketua MCA cawangan Bandar Kuala Kubu Bharu, Yoong Tham Fook – DUN Kuala
Kubu Bharu

Tiada ulasan: