Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

15 April, 2013

Wala'! jangan tak wala'!



ALOR SETAR: Anggota parti di semua peringkat, sama ada pimpinan, para petugas Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN), Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) diseru agar berpegang teguh kepada wala’ untuk menerima serta melaksanakan keputusan pimpinan tertinggi PAS Pusat.
Pengarah JPN Kedah, Senator Muhamad Yusof Husin berkata, telah menjadi sistem organisasi dan amal jamaie, bahawa keputusan tertinggi dan muktamad serta kaedah pemilihan calon pilihan raya oleh pimpinan, adalah didasari ijtihad mereka yang menilai bukan sahaja kepentingan Dun dan Parlimen atau Negeri, tetapi melihat kepentingan sehingga ke peringkat nasional.
“Demikian itu penting bagi kita sebagai jentera pelaksana untuk berlapang dada dan bersikap terbuka untuk mengenepikan segala ketidakpuasan hati selama ini walaupun barangkali keputusan yang dibuat pimpinan itu tidak menyenaraikan calon pilihan, sebaliknya keputusan PAS Pusat perlu diterima sebagai keputusan kita bersama.

“Sudah tentulah persepsi di setiap peringkat berbeza dan tidak akan memenuhi kehendak seluruh ahli-ahli PAS itu sendiri. Kerana pasti ada calon-calon pilihan kita tidak tersenarai dan sebaliknya calon yang tidak kita sukai pula tersenarai. Dalam keadaan sekarang tentunya mustahil kita dapat senaraikan calon yang mendapat sokongan 100 peratus ahli PAS,” ujarnya yang turut memaklumkan bahawa prosedur mengenai pencalonan telah pun dijelaskan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kunjungannya ke Kedah pada 6 April baru-baru ini.
Ujarnya, beliau berharap tidak timbul desakan-desakan untuk tidak melaksanakan gerakerja dan pelbagai tindakan yang mungkin menjejaskan fokus memerangi musuh tradisi PAS dan Pakatan Rakyat, iaitu Umno-BN.
Tegasnya, jika wujud sikap-sikap seperti itu, ia hanya memberi kelebihan yang banyak kepada Umno-BN.
“Inilah ujian wala’ kita kepada parti dan jamaah mengikut konsep amal jamaie di mana apabila sesuatu perkara telah diputuskan, ia sama ada kita suka ataupun tidak, sebagai ahli PAS yang memahami kewajipan, kita akan tetap melaksanakan amanah dan menjalankan tugas bagi memastikan seluruh jentera kita dalam pilihan raya berjalan lancar.
“Saya memberi jaminan, tidak ada Jawatankuasa JPN Kedah cuba memberontak apatah lagi mensabotaj mahupun mengundur diri daripada melaksana tugas parti pada PRU ini yang dikira PRU terpenting untuk lonjakan kita bagi mencapai matlamat perjuangan PAS selama ini. Maka, janganlah pula kita diperingkat pelaksana menghalakan senjata kita kepada pimpinan kita atau kepada calon-calon kita yang akan datang,” serunya.
Anggota parti ujarnya, perlu menghindari kepentingan peribadi melebihi jamaah atau mencari hujah untuk tidak memberi wala’ kepada pimpinan yang akan menyebabkan tidak mendapat pertolongan Allah.
Perkara itu katanya, dibimbangi PAS bukan sahaja gagal menjejak kaki ke Putrajaya, bahkan untuk mempertahankan Kedah menjadi satu kesukaran.
Menurutnya, PAS mempunyai ruang dan kaedah tersendiri untuk setiap ahli menyatakan sikap mereka.
“Selepas pilihan raya ini, semua Cawangan akan mengadakan Mesyuarat Agung diikuti seluruh PAS Kawasan dan Dewan-dewan sehinggalah ke Muktamar Agung Pusat. Itulah hak dan masanya kita mengenepikan mana-mana pimpinan atau individu yang kita tidak gemari dan memilih pimpinan yang kita sukai.
“Apabila pemilihan ini selesai sama ada di peringkat Negeri mahupun Pusat, keputusan itu adalah keputusan jamaah, keputusan menyeluruh perwakilan parti. Walaupun pada pemilihan itu nanti pilihan kita tidak berjaya mendapat tempat, maka pada ketika itu kita sekali lagi diuji dengan wala supaya patuh dengan keputusan yang dibuat oleh ahli parti seluruh Malaysia,” katanya.
Beliau menyeru setiap ahli PAS kembali kepada niat asal berjuang dalam PAS iaitulah kerana menunaikan tuntutan dan kewajipan sebagai seorang Islam bagi memperjuangkan Islam dan mencari keredhaan Allah SWT.
“Marilah kita bersatu kembali meletakkan tarbiyyah kita terima selama ini iaitu wala’ kepada kepimpinan yang telah membuat keputusan. Yakin dan percayalah pada PRU13 ini bukan sahaja Kedah dapat kita pertahankan, malah kita akan menjejak kaki ke Putrajaya,” ujar beliau menyuntik keyakinan.
 
sumber: KedahLanie

P/S: Persoalan yang timbul, adakah segala keputusan kepimpinan selama ini adalah betul dan tepat? Jika betul dan tepat kenapa dari dulu sampai sekarang masih tidak mampu menarik hati pengundi untuk menyokong? Kenapa di DUN pengundi melayu Islam lebih 76% parti masih gagal?

1 ulasan:

pakjol64 berkata...

Yusuf Husin ni lah petualang serta duri dalam daging PAS Kedah. Tambah jadi massaalah, dia orang kepercayaan MB bersama setpol.
Banyak DUN yang masih bertelingkah. Kota Siputeh, Alor Mengkudu dok tak ketahuan hala lagi...