Sekurang-kurang empat kerusi negeri menyaksikan pertandingan antara calon PKR dan PAS walaupun kedua-dua bergabung dalam Pakatan Rakyat.
Di Sungai Acheh di Pulau Pinang, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin akan berdepan dengan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) dan Datuk Mahmud Zakaria (BN).
Manakala di Bukit Besi, Terengganu calon PAS Roslan Ismail akan menentang Roslee Daud (BN) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR).
Sementara di Seberang Takir juga di Terengganu, Zakaria Dagang dari PAS terpaksa bersaing dengan Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) dan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN).
Bagi kerusi Bukit Besi dalam parlimen Dungun, calon PKR Mohamed Abdul Ghani Ibrahim ditentang Adam Mat Said dari PAS serta Mohd Mahdi Musa (BN).
Pertembungan PAS dan PKR ini membuktikan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk meletakkan hanya satu calon menentang BN.
Terkini!
Kerusi PKR di Labuan turut ditandingi PAS! Siapa bagi watikah? Mustapha Ali. Tionaseng!
7 ulasan:
Bila matlamat perjuangan tidak jelas, mengutamakan pandangat dan kehendak sendiri atau kumpulan tertentu mengatasi ketetapan organisasi.... inilah yang akan berlaku... Atas alasan yg sama Hasan Akidah bermasalah dalam Pas.... Bukan senang nak bersih niat dan berjiwa besar memberi laluan atau mengutamakan orang lain dari kita jika diri tidak diasuh dengan acuan Islam yang sohih.
tumpang menyemak.... aq mmg panas ari nie.... apa masalah pr nie... kata nak bersatu...calon problem... sapa sebenarnya bagi watikah... we need to know this
kesemuanya PAS langgar keputusan majlis Pakatan Rakyat. Kompom Mustapha Ali. Dia yang bagi watikah.
Parlimen Parit apa cerita PAS tak bertanding ke???
Parit setakat tadi belum diumumkan
Pkr penting diri..dlm pkr da nmpk mslah..da tau sberang takir n bukit besi pmbgkag org pas..pkr boleh kira..1 lg calon bukit besi 2..bdk muda y kurang ajar..masuk kmpung org dgn cara xpro..pe la ..pas 2 pegi ke kmpg len ckp org pas kmpg nie gnie2..cm bodo dh aku tgk die..da la nk guna2 kn petugas pas utuk kpntingan diri..bkn kpntingan parti..aku harap pkr gugur kn calon pkr korang y boleh merosakkn undi!!!!!

Catat Ulasan