Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

21 April, 2013

PAS Terengganu penghalang utama PR ke Putrajaya



3 dari 7 kerusi bertindih antara PAS dan PKR berlaku di Terengganu. Tahukah anda kenapa?
Ia adalah kerana PJ Terengganu tu orang gila.

PAS Terengganu pun kumpulan manusia yang gila.

Semenjak gagalnya agenda PERPADUANG dengan UMNO, mereka menjadi musuh dan seteru kepada Anwar Ibrahim serta PKR. Mereka benci PKR lebih teruk dari mereka benci UMNO.

Maka, jalan mereka menabur jasa kepada UMNO adalah dengan cara mensabotaj Pakatan Rakyat.

Cara sabotaj tidak lain dengan meletak calon di kerusi yang PKR telah tandingi dan pegang semenjak 2008.

Ketiga-tiga DUN, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi adalah DUN yang tiada harapan untuk menang. Kalau PAS biar PKR tanding pun, tetap PKR tidak ada harapan menang.

PAS Terengganu tahu perkara ini. Tapi mengapa mereka tetap terus meletakkan calon?

Pertamanya sebab mereka mahu sabotaj PAktan Rakyat di peringkat nasional. Dengan berlaku 3 penjuru, imej Pakatan Rakyat jadi rosak dan akhirnya akan menguntungkan UMNO.

Keduanya, PAS Terengganu mahu menunjukkan kepada dunia bahawa mereka adalah musuh asasi kepada Anwar Ibrahim. Malahan, telah pun diberitahu oleh PJ Terengganu bahawa mereka tidak mahu Anwar datang ke Terengganu.

Kalau ke Terengganu, kita lihat jarang2 ada program bersama PAS-PKR. Samada PAS atau PKR bersendirian. Anwar pun hanya datang ke kawasan2 yang ditandingi oleh PKR sahaja.

Itulah bukti betapa dengki dan angkuhnya PAS Terengganu mahu membalas dendam kepada Anwar IBrahim kerana mengagalkan projek PERPADUANG dengan UMNO.

DIn Ayam, menantu Presiden, yang mengacau di Selangor tu pun orang Terengganu jugak.

Samalah dengan tindakan Hashim Jasin menghalang Dr Juanda bertanding kerana takut UMNO akan kalah di Perlis.

Puak2 Terengganu dan puak2 Perpaduang ini wala' mereka adalah kepada UMNO dan bukan kepada Allah dan Rasul

Kepada penyokong2 PAS dan PKR, jangan patah hati.

Ini semua adalah angkara agen2 UMNO dalam PAS. Bukannya melambangkan sikap sebenar 99% ahli PAS seluruh Malaysia

Penjelasan 3 penjuru DUN Panti SINI
Kes Kota Damansara SINI

Tiada ulasan: