Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

18 April, 2013

Azizan gentar cabaran BN di Kedah!

 Dalam pada itu, Azizan yang bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, akan berentap dengan sepupunya, Fadzillah Mohd. Ali yang mewakili BN.

oleh: Hilal Azman

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui calon Barisan Nasional (BN) Kedah memberi saingan kuat kepada Pakatan Rakyat (PR) terutama calon PAS.

Antara calon PAS yang bakal berdepan saingan sengit ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang bakal berentap dengan calon BN, Datuk Othman Abdul bagi kerusi Parlimen Pendang.

Othman kembali mewarnai politik Kedah apabila beliau dipilih semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

“Satu persaingan yang sengit memandangkan beliau (Othman) adalah orang lama,” kata Azizan pada majlis pengumuman calon Pakatan Rakyat di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon-calon BN yang bakal berdepan dengan calon daripada Pakatan Rakyat.

Azizan turut menjangkakan PRU13 ini lebih sengit berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Namun keadaan itu, katanya turut memberikan kelebihan kepada Pakatan Rakyat kerana mereka sudah mengetahui strategi untuk melawan BN.

“Kita pun ada pelbagai latar belakang calon, maknanya kita ada golongan professional dan sebagainya. BN tahu strategi Pakatan Rakyat dan begitulah sebaliknya,” katanya.

Dalam pada itu, Azizan yang bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, akan berentap dengan sepupunya, Fadzillah Mohd. Ali yang mewakili BN.

Azizan bagaimanapun menyifatkan tindakan BN meletakkan Fadzillah di kerusi berkenaan adalah satu strategi untuk memastikan beliau tewas di kerusi berkenaan.

AZIZAN AKUI BARISAN NASIONALBERI SAINGAN YANG AMAT KUAT DI KEDAH.....
By: ABN news.

Tiada ulasan: