Isu PSM. PKR jangan buat hancing!
Oleh: TG
Abu Nawas II
PSM
tidak pernah gila kerusi nak bertanding. Aktivis PSM berkerja di mana
mana membantu orang miskin, buruh dan petani tanpa mengharap apa apa.
Mereka di barisan hadapan ketika rakyat di zalimi.
PSM bukan
seperti parti parti lain yang meletakkan calon walaupun calon tersebut
tidak pernah berjasa sedikit pun kepada rakyat tempatan. PSM hanya
bertanding di tempat mereka bekerja di akar umbi tanpa mengira musim
pilihanraya atau tidak.
Siapa yang tidak kenal Arul di
Semenyih.... berbelas tahun Arul bekerja untuk rakyat Semenyih walaupun
dia bukan wakil rakyat.... Dia bukan baru muncul di waktu hendak
pilihanraya..
Ketika isu
perkampungan Berembang di halau keluar... Arullah yang mempertahankan
Surau orang Islam yang mahu di robohkan penguasa. Arul jadikan dirinya
benteng dengan tidur di dalam surau ketika jentolak hendah menolak surau
tersebut.
Kini Anwar dan PKR cuba mengkhianatnya.... Maka
dengan ini aku istiharkan tiada undi aku dan keluarga aku untuk Anwar di
Permatang Pauh kali ini jika isu ini tidak di selesaikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan