Dalam zaman majoriti pemegang jawatan UMNO kejar jawatan untuk projek ni boleh dapat calon terbaik ke? hahaha! Pukul 10 umum calon, pukul 10.05 gerenti bergaduh. Kompom! Mampos UMNO!
Datuk Seri Najib Razak menuntut kerjasama sepenuhnya hari ini dari semua pemimpin Barisan Nasional (BN), menegaskan adalah “mustahil” untuk memuaskan hati semua orang dalam menyiapkan senarai calon akhir BN.
KUALA LUMPUR, 10 April ― Dalam usaha terakhir untuk menginspirasikan pasukannya menjelang pilihan raya 5 Mei, Datuk Seri Najib Razak menuntut kerjasama sepenuhnya hari ini dari semua pemimpin Barisan Nasional (BN), menegaskan adalah “mustahil” untuk memuaskan hati semua orang dalam menyiapkan senarai calon akhir BN.
Pengerusi BN dalam ucapannya yang digambarkan oleh pemimpin kemudiannya sebagai ucapan “membakar semangat”, mengulangi mesej perpaduan di dalam dewan yang dihadiri oleh ratusan orang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mengingatkan mereka kepentingan utama adalah menubuhkan kerajaan yang kuat selepas Pilihan Raya 2013.
“Saya mengambil kesempatan untuk memberitahu mereka beberapa faktor yang kita perlu mengambil kira dalam pembahagian kerusi dan penentuan calon supaya mereka faham ia adalah proses yang rumit dan kompleks dan kita tidak mungkin dapat memenuhi permintaan semua dan memuaskan hati setiap individu,” kata Najib dalam satu sidang akhbar di sini selepas taklimat tersebut.
“Mustahil untuk ini berlaku,” tegas beliau lagi.
Najib menggariskan dua kriteria dalam proses pemilihan calon BN – kelayakkan individu kerana merupakan calon yang kuat dan ikhlas, dan individu tersebut diterima dikawasan bakal bertanding.
Beliau menerangkan pimpinan akan menggunakan senarai calon 2008 sebagai “format” untuk pemilihan tetapi akan mengambil kira keputusan pilihan raya lalu, termasuk demografi kerusi dan lanskap politik.
Akan tetapi, mereka yang kalah dalam pilihan raya lepas masih boleh dipilih, kata Najib mengulangi kepentingan kelayakkan individu dari segi sebanyak mana kerja dilakukan semenjak Pilihan Raya 2008.
“Jadi kita tidak mengatakan mereka yang kalah tidak lagi boleh bertanding,” katanya.
Najib menambah, mereka yang “mesra BN” individu atau ahli secara terus akan diberikan peluang untuk bertanding dibawah bendera gabungan itu.
Tetapi ini hanya beberapa, kata pengerusi BN, menunjukkan jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya akan datang tidak pernah bertambah.
“Kami akan mengambil kira di mana yang kita boleh ... kerana di kerusi sedia ada, kami sudah mempunyai ramai calon harapan,” katanya.
Hampir 13.3 juta pengundi, termasuk 5,200 di luar negara, adalah layak untuk mengundi dalam Pilihan Raya 2013 untuk memilih 222 ahli-ahli parlimen persekutuan dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di 12 negeri. Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada tahun 2011.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada 5 Mei, dan hari penamaan calon jatuh pada 20 April, menandakan permulaan kempen rasmi pilihan raya yang akan berlangsung sepanjang 15 hari. sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan