Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

27 April, 2013

Panas! Puad Zarkhasi terus jadi calon walaupun gagal kemukakan perbelanjaan pilihanraya PRU12!


Orenji Ren Oren



Pada 16 April 2013 yang lepas, Dr Hj Mohd Puad Zarkashi telahpun menerima watikah untuk bertanding sebagai calon BN dalam PRU-13 bagi Parlimen Batu Pahat. Lebih mengejutkan lagi apabila SPR telahpun mengesahkan pencalonan beliau pada 20 April yang lepas semasa hari penamaan calon.

Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, mana-mana calon yang terpilih dan wakil tidak menghantar penyata perbelanjaan dalam tempoh yang ditetapkan, adalah tidak layak bagi calon berkenaan untuk bertanding pada pilihanraya berikutnya.

Pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas, Haji Siam telah dilantik menjadi wakil calon bagi Saudara Fuad Zarkashi sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen P150 Batu Pahat. Namun disebabkan sikap tidak telus calon dalam pilihanraya tersebut kerana ada elemen yang menyalahi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954, Haji Siam mengambil keputusan untuk tidak menandatangani penyata perbelanjaan calon pada borang (d). Akibat daripada tindakan itu beliau menerima surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung UMNO (BIL UMNO/R/SUA/8 JLD 1/21) yang bertarikh 7 November 2009.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) didesak segera mengemukakan kenyataan balas terhadap satu laporan polis yang telah dibuat 18 April, Khamis lepas. Dalam repot polis berkenaan, pengadu Saudara Siam Bin Kasrin telah mengemukakan aduan berhubung salah laku yang telah dilakukan oleh calon Barisan Nasional (BN) iaitu Saudara Mohd Puad Zarkashi.









Tiada ulasan: