Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

20 April, 2013

DAP guna lambang PAS PKR. Najib pucat lesi!




Berita 1.

KUALA LUMPUR, 19 April — DAP akan bertanding dalam Pilihan Raya 2013 di bawah tiket PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) gagal untuk menarik semula surat mereka yang tidak mengiktiraf pemegang jawatan parti,” kata Tony Pua hari ini.
Setiausaha Publisiti DAP itu membangkitkan, calon tidak boleh mengambil risiko menghantar surat watikah calon membenarkan mereka untuk bertanding di bawah logo Roket yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti yang tidak diiktiraf oleh RoS.

“Jika CEC kami tidak diiktiraf, bagaimana mahu keluarkan surat kebenaran kepada calon kita?” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti tersebut.

Beliau menambah RoS langsung tidak menghubungi DAP hari ini.


Pua mengatakan 53 calon parlimen dan 103 calon bagi Dewan Undangan Negeri  DAP diseluruh negara yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013, dengan Hari Penamaan Calon bermula esok, menggunakan simbol PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak.



Berita 2.

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai masalah jika DAP membuat keputusan untuk menggunakan logo PAS dan PKR dalam Pilihan Raya 2013 dengan syarat mereka mempunyai surat kebenaran untuk berbuat demikian, kata Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Timbalan pengerusi SPR itu mengulas keputusan DAP untuk menggunakan logo kedua-dua parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak menggeluarkan surat untuk menarik semula surat mereka semalam untuk tidak mengiktiraf pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada Disember tahun lalu seperti yang diminta oleh DAP.

“Jika itu keputusan mereka, maka calon-calon DAP perlu menyerahkan surat kebenaran pemimpin PAS dan PKR yang nembenarkan calon2 DAP menggunakan logo parti-parti tersebut esok,” kata Wan Ahmad dalam kiriman pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

“SPR dah kata bahawa DAP boleh bertanding dan boleh guna logo partinya. Kalau DAP putuskan utk mengguna logo parti lain itu keputusan DAP,” tambah beliau lagi.

Menurut Wan Ahmad lagi, keputusan tersebut merupakan hak dan pilihan DAP, jadi SPR tidak mempunyai masalah dengan keputusan itu.

“Yang penting ialah setiap calon yang bertanding perlu ada lambang atau logo yg boleh dicetak dalam kertas undi,” katanya.

dan akhirnya

Pucat lesi!

Ditambah pulak dengan cerita ni,


Hanya tinggal besok sahaja semua yang akan bertanding PRU13 akan menyerahkan borang penamaan. Masa makin suntuk untuk mana-mana pihak yang sedang berperang dgn perasaan sendiri sama ada mahu bertanding bebas atau menentang parti sendiri dengan cara mensabotaj dari dalam. Mereka yang dimaksudkan adalah bakal calon UMNO yang tersingkir atau disingkirkan oleh Najib sebagai calon BN.

Selepas Jumaat tadi MK bersembang panjang dengan seorang veteran UMNO Alor Setar. Pada percamannya, BN akan kalah teruk dalam PRU kali ini di Kedah. Apa alasannya?

"Dalam PRU lalu konflik perebutan calon hanya berlaku di sesetengah kawasan di Kedah, kini PRU 2008 di hampir semua kawasan dan penentangan yang dibuat pula terbuka dan semua orang tahu, inilah sejarah perpecahan yang paling teruk bagi UMNO sejak merdeka" ujar veteran UMNO itu.


Belum sempat dia menyambung hujah, telefon berdering. Dia menjawab telefon tersebut. MK tak tahu apa butiran percakapannya namun sebaik menghabiskan perbualan dalam telefon beliau lantas berkata, "Tengok, di Jerlun pula ni... geng Man Pin pula mengamuk, himpun orang buat demo bantah Mukhriz."

Fuhh haritu Shahanim Puteri UMNO naik banner serang Mukhriz, harini orang lain pula. Dalam banyak kes perebutan calon nama Mukhriz dan bapaknya Tun Mahathir yang disebut.

"Memang betoi pun Mukhriz dan ayahnya, Dr. Mahathir yang mengatur calon di Kedah dan Najib hanya mengikut sahaja tanpa berani bersuiara di Kedah. Cuba bayangkan calon2 yang pernah kalah dan expired dikutup semula macam Othman Abdul, Mat Sudin, Mat bashah Marlia, Tajul Urus, Abu Hasan yang hampir hilang kelayakan kerana malas ke Dewan, ponteng 2 kali ke DUN tapi diangkat semula. Rakyat Kedah tengok line up calon pun dah hilang keyakinan. Yang membantah pula dengan kerja mereka, macam mana nak menang?" ujar beliau.

Tapi Najib boleh 'beli balik' semua bekas bakal calon yang menentang keputusan BN, MK cuba menduga.

Memang boleh beli balik, katanya, tetapi yang membantah tetap melakukannya lepas ini depa guna cara bawah tanah pulak suruh cawangan kempen pihak lawan.

Dan, adakah onar yang dilakukan Najib penyebab kejadian ini? 


Veteran Umno Tan Sri Aishah Ghani meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur hari ini kerana sakit tua.
  
Aishah, 90, menghembuskan nafas terakhir pada 12.50 tengah hari setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak Jumaat lepas setelah kesihatannya tidak stabil, menurut cucunya Ahmad Arif Astaman.
  
Jenazahnya dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Damansara petang ini.  
  
Aishah meninggalkan empat anak, tiga lelaki dan seorang perempuan.
  
Allahyarham merupakan wanita pertama Malaysia yang dilantik menjadi Senator dan wanita kedua di Malaysia yang menjawat jawatan Menteri selepas negara mencapai kemerdekaan.  
  
Pada 1949 beliau menyertai Umno dan menjadi setiausaha Cawangan Wanita Umno Kampung Baru.
  
Allahyarham yang dilahirkan di Kampung Sungai Serai, Ulu Langat pernah menyertai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.
  
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Langat dan di Sekolah Diniyah Puteri, Padang Panjang, Sumatera serta pernah mengikuti kursus kewartawanan di London School of Journalism pada 1955.

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Ashah Ghani.

Tiada ulasan: