Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 April, 2013

PAS Sabah berani. PAS Semenanjung, lembab !


LAPOR..... Haji Hamzah Abdullah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berhubung salahguna kuasa berkenaan.
 
 
Oleh : SALASIAH SALAMUN
TIMBALAN Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Haji Hamzah Abdullah bersama beberapa orang pemuda PAS telah membuat laporan polis di Balai Polis Sandakan berhubung dengan tindakan Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyalahgunakan media arus perdana iaitu Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membentangkan manifesto Barisan Nasional Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) pada hari Sabtu lalu, pada pukul 9.00 malam.
Laporan itu juga dibuat berhubung dengan peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang menyatakan bahawa parti politik tidak boleh menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen. Hal ini juga rentetan daripada pembubaran kabinet Malaysia dan secara langsung UMNO dan BN hanyalah bertaraf Kerajaan peralihan sahaja.
Hebahan manifesto merupakan salah satu bentuk kempen dan Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggunakan sepenuhnya RTM sebagai media rasmi untuk menyampaikannya kepada rakyat.
Sekiranya RTM membuka laluan pembentangan manifesto kepada UMNO, maka RTM juga perlu untuk memberikan ruang dan masa yang sama kepada Pakatan Rakyat untuk membentangkan manifesto PRU 13, juga dengan kaedah yang sama iaitu secara langsung, bukan rakaman video.
Harapan yang tinggi diletakkan oleh seluruh pimpinan dan ahli PAS Negeri Sabah khususnya serta masyarakat sekitar agar laporan yang dibuat bukan hanya sekadar diambil dan disimpan menjadi rekod Balai Polis. 
Rakyat mahukan lebih daripada itu. Siasatan daripada Suruhanjaya Pilihanraya dan tindakan susulan secepat mungkin adalah sesuatu yang diimpikan agar menjadi kenyataan. 
 

Tiada ulasan: