Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

19 April, 2013

Calon PKR Behrang bakal lalui PRU13 sorang2!



Soorryyy laaa.. Kesabaran manusia ada tahapnya.. Memang kali ni kesabaran wa sendiri pun dah tak tertahan lagi dengan gelagat segelintir pimpinan atasan yang mula nampak sikap sebenar bila gendang perang PRU 13 telah berbunyi bila PM Najib dah jumpa telur yang tersembunyi sejak sekian lama.


PAS dan DAP walaupun ada krisis tapi tak terlalu terbuka. Hanya secara internal saja. TRapi PKR wa cakap lu memang dah mula main bangsat. Dah mula nampak sikap sebenar muka opportunis yang selama ni berselindung di belakang parti.

Wa bagi contoh, Parlimen Tapah. Abg Wan yang umum  nak bertanding atas tiket BEBAS kat situ. Dia sebagai Ketua Cabang PKR Tapah terasa terhina bila calon yang diumumkan untuk bertanding di situ tanpa berbincang dengan cabang tempatan. Sedangkan semua gerak kerja yang dijalankan dulu banyak yang di keluarkan belanja sendiri. Dan dia sendiri pun sebelum ni bukan gila nak bertanding pun, cuma dia nak bagi signal kat Anwar bahawa dia bukan balaci macam lembu2 Umno untuk angguk2, geleng2 jer.

Perkara yang sama berlaku kat Tanjong Malim. Mejar Kamal seperti di permainkan bila tiba2 calon lain yang diumumkan. Sedangkan sebelum ni dia bersuash payah bangunkan PKR dari kemusnahan yang telah di buat oleh Jamal Katak. Tapi ini balasan yang dia terima dari pimpianan atasan? Memang wa sokong dia bertanding atas tiket PRM. Semua cawangan2 yang dah dia bukak secara otomatik akan bertukar wajah. PKR, hangpa pandai2 pi buat markas dengan bilik gerakan hangpa yang baru. Hangpa cari la jentera pilihanraya hangpa yang baru sebab wa yakin semua yang mengikut Mejar Kamal akan ikut serta dalam kempen dia kali ni.

Tu belum kira masalah dengan PSM pulak. Yang dalaman pun tak bleh settle, camna nak settle yang luaran pulak kan??

Kini segala hasil usaha musnah bila Anwar Ibrahim mengumumkan calon yang bukan saja tak pernah menabur jasa di situ, penduduk local pun langsung tak kenal. Tetiba jer diangkat menjadi calon. Apa! Anwar ingat yang nak mengundi nanti cuma ahli PKR dan PR jer ke? Yang atas pagar yang jadi pemerhati ni hangpa tak mau ka undi depa?

Wa terkilan? Wa kecewa? 

Memang arr beb! Yang kita nak tumbang kan Umno/BN dan bergantung harap kat Pakatan Rakyat. Tapi nampak jelas dan nyata yang Anwar Ibrahim dan Azmin Ali dari PKR seperti nak sabotaj gerakan rakyat untuk menumbang UMnmo/BN. Siapa tak bengang beb!

Ahli2 PKR yang taksub setia dengan Anwar dan Azmin tu kalau nak marah, maki hamun wa pun wa tak heran. Sebab pemimpin hangpa rosakkan gerakan rakyat dengan ketamakan yang menggila dalam perebutan kuasa.

Bukan hanya dengan Umno, tapi dengan rakan2 dalam Pakatan pun korang nak rebut sesama sendiri. 5 tahun masa yang diambil untuk berbincang hingga ke saat akhir pun masih tak selesai2 lagi. Nampak tak keegoaan pemimpin masing2 dalam parti mengatasi kepentingan rakyat dalam usaha untuk menumbangkan Umno/BN.

Pesanan terakhir sebelum wa tutup coretan ni, wa nak pesan kat semua pimpinan supaya turun dan dengar sendiri siapa calon pilihan dari rakyat bawahan yang sama2a berjuang menggerakkan gerakan rakyat. Bukan sang pelobi, pengampu, pecacai yang ibarat lembu jugak. Ingat kat dalam Umno jer banyak lembu. kat dalam PKR pun sama jugak..

Klik sini 

Sumber

Tiada ulasan: