Telur Tembelang 1
Ijazah Palsu
Setelah semalam, lima calon Barisan Nasional (BN) didapati telah memperolehi ijazah palsu daripada universiti palsu atau 'kilang universiti', hari ini seorang lagi nama besar turut terpalit dengan perbuatan tidak bermoral ini.
Malah yang lebih memalukan, calon BN ini merupakan seorang lagi BEKAS timbalan menteri luar.
Individu yang dimaksudkan oleh pengarah strategi pilihanraya DAP, Ong Kian Ming ialah BEKAS timbalan menteri luar, Richard Riot, yang akan bertanding sebagai calon BN di parlimen Serian, Sarawak.
Menurut carian di laman web rasmi kementerian luar negeri, Richard dikatakan berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran awam dari Chartered Institute of Business Administration di Teronata, Ireland dan ijazah sarjana dalam bidang sama di Preston University di Amerika Syarikat. selanjutnya......
Telur Tembelang 2
Ahli BN umum jadi calon Bebas!
Berikutan dengan rasa tidak puas hati dengan tiga pemimpin Barisan Nasional Pulau Pinang yang tidak tersebarai sebagai calon dalam PRU13 ini Gelombang Biru yang dilancarkan oleh Muhyiddin awal Februari lalu telah bertukar menjadi gelombang Haru biru..
Ini kerana lebih banyak lagi Bahagian-bahagian UMNO yang akan melancarkan protes terhadap senarai calon yang bagi PRU13 yang akan diadakan pada 5 Mei ini yang diketengahkan oleh Presiden UMNO, Najib Tun Razak.
Dua lagi pemimpin BN dari Machang Bubuk, Ooi Suan Hoe dari Gerakan dan Ketua Pemuda MIC, J Dhinagaran dikatakan sedang menimbangkan untuk meletakkan semua jawatan yang disandang mereka dalam parti dan akan bertanding sebagai Calon Bebas.
Tiga demonstrasi telah diadakan di Kepala Batas, Seberang Jaya dan Bagan Dalam semalam oleh penyokong-penyokong UMNO yang mana pemimpin mereka samada telah digugurkan atau tidak tersenarai sebagai calon. selanjutnya ........
Telur Tembelang 3
Adnan Mansur tokeh judi!
Sejak akhir tahun 2011 lagi, peringkat akar umbi mula berbicara soal tampuk kepimpinan Tengku Adnan (gambar) di Putrajaya. Ia berikutan cakap-cakap umum khususnya pengundi di Putrajaya berkenaan keperibadian yang ada pada Tengku Adnan (Ku Nan). Kita juga turut melahirkan kekesalan berhubung rekod saham judi yang dipegang oleh Ku Nan melalui syarikatnya Cimsec Nominees sebanyak 3.5 Juta dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto. selanjutnya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan