Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 April, 2013

SPR dah mula buat taik!



8 April 2013


Bagi pihak SPR, kita sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan cadangan bagi memperbaiki pengurusan dan proses pilihan raya negara ini. Misi utama kami ialah untuk mengurus, memelihara dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui sistem pilihan raya yang bebas dan adil. Justeru, hasil daripada cadangan, desakan dan syor-syor yang dikemukakan kepada kami selain inisiatif kami sendiri,

selanjutnya

Terbuka, menerima pandangan, perbaiki pengurusan dan proses. Pergh!

12 April 2013. Baru 4 hari!



NONE"Kami tidak boleh tunjuk kepada orang ramai kerana warna dakwat
kekal itu rahsia," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kiri dalam gambar).Bagaimanapun, SPR dan syarikat (pembekal) telah menguji dakwat itu banyak kali, katanya, menolak permintaan BERSIH supaya diadakan demonstrasi awam berhubung penggunaan dakwat kekal itu.

Semalam, Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menggesa SPR membuat demonstasi mengenai berapa lama dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal boleh bertahan, kerana ia menerima maklumat bahawa dakwat itu tidak akan tahan melebihi lima hari.

SPR telah menetapkan 30 April - lima hari sebelum hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-13 -untuk 200,000 anggota polis polis dan pasukan keselamatan mengundi awal.

Abdul Aziz berkata SPR akan menggunakan dua dakwat yang berbeza warna untuk pengundian awal dan pengundian biasa, yang masing-masing boleh tahan sekurang-kurangnya tujuh hari dan tiga hari.

selanjutnya

Tiada ulasan: