Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

24 April, 2013

Jom belajar temberang gaya Taib Mahmud!




 

Taib Mahmud: Hanya BN mampu bangunkan Malaysia

April 23, 2013
KOTA SAMARAHAN, 23 April — Barisan Nasional (BN) adalah satu-satunya parti di negara ini yang mempunyai perancangan baik bagi membangunkan Malaysia, kata Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud .

 
Beliau berkata pakatan pembangkang tidak mempunyai persiapan dan perancangan dalam membangunkan pelbagai kemudahan seperti yang dilakukan BN yang membawa masyarakat ke arah hidup yang lebih sejahtera dan selesa.

 
"Saya tidak rasa PKR, DAP boleh buat apa yang BN telah lakukan selama ini. Bukan nak sombong, tetapi hanya BN mempunyai persiapan sama ada dari bentuk kepimpinan, ataupun pemikiran yang boleh menukar dan memajukan negara ini.

 
"Kita ambil contoh, BN memilih calon yang berpengalaman, boleh tolong rakyat, mempunyai kepandaian, serta sanggup untuk membela nasib rakyat di sini," katanya berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Masyarakat Kampung Baru, Kota Samarahan, di sini, hari ini.
Turut hadir calon muka baharu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang akan bertanding atas tiket BN, Rubiah Wang, bagi kerusi Parlimen Kota Samarahan.

Kapalterbang persendirian Taib Mahmud


Mengulas lanjut, Abdul Taib berkata, "Di Samarahan, masyarakat boleh melihat perubahan yang dibawa oleh kerajaan BN dalam membangunkan bahagian Samarahan dengan pelbagai infrastruktur.
"Dahulu daerah Samarahan ini dikenali sebagai kawasan jin bertendang namun kini telah berubah wajah menjadi kota ilmiah apabila banyak universiti dibina oleh kerajaan BN," katanya.


Menurutnya beliau percaya penduduk di Kota Samarahan berkehendakkan kemajuan dan mereka pastinya tidak mahu tersisih daripada arus perdana pembangunan negara.



"Masyarakat harus yakin terhadap calon BN berbanding pembangkang untuk terus menikmati keselesaan hidup selepas pilihan raya ini nanti. Pada majlis tersebut, Abdul Taib turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi menaik taraf dewan masyarakat kampung tersebut. — Bernama



Tiada ulasan: