Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

08 April, 2013

UMNO dah mula sebar surat layang burukkan kawan!




Oleh: Chin Jerlun

Sekali-sekala syok juga menulis perihal parti rasuah BN lebih-lebih lagi menjelang PRU ni. Walaupun senarai calon rasmi belum dikeluarkan tetapi senarai tak rasmi sudah sampai di meja aku. Rasanya kalau berubah pun di saat akhir tak sampai 5 kerusi. 

Dari maklumat yang diterima dari rakan UMNO, pemilihan yang Najib buat kali ini sangat teliti untuk pastikan BN menang. Rupanya Najib bukan pilih winable candidate seperti yang dicanangkan tetapi pilih calon yang 'tiada masalah', so bagi bakal calon yang tahu cara pemilihan Najib telah menggunakan strategi mendedahkan masalah pesaing, walaupun melalui surat layang.

Contohnya begini, kalau si A nak terpilih jadi calon untuk ketepikan si B, maka si A akan senaraikan segala masalah si B, segala dokumen-dokumen yang menyokong bahawa si B bermasalah di kemukakan kepada Najib. Lagi banyak 'dokumen' @ surat layang lagi baguih. Najib dilaporkan tidak ada masa untuk meneliti laporan yang diberikan itu betul atau salah so Najib hanya akan kata, "banyak sangat dengar masalah si B ni, kita ketepikan saja..."



Perkara tersebut dihadapi oleh beberapa bakal calon BN yang tak terpilih, walaupun dari segi sokongan calon tersebut nampak lebih diterima oleh rakyat. 

Emmm selepas tak terpilih jadi calon, percayalah bakal calon yang tergugur tadi akan balas dendam terhadap pesaingnya kerana main strategi kotor untuk dipilih. Alahai UMNO Be End bilalah hangpa nak habih bergasak... err tapi bagus jugak noo hangpa bergasak. Ada ubi ada batas, hari mengundi hangpa balas.

 

Tiada ulasan: