Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

17 April, 2013

Bankers UMNO, Ananda Krishnan dan Syed Mokhtar Al-Bukhary sedang gelabah biawak!






Yang pasti, Mahathir yang ada share dalam syarikat Syed Mokhtar dan Ananda Krishnan sedang susahati teramat sangat!



KUALA LUMPUR, 17 April ― Syarikat yang dikuasai jutawan Tan Sri Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dijangka berhadapan risiko persaingan hebat dan tekanan kerajaan jika Barisan Nasional (BN) dikecewakan oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya 2013.

Laporan agensi antarabangsa Bloomberg hari ini berkata kedua-dua ahli perniagaan yang dilihat sebagai pro-BN mungkin menjadi sasaran jika gabungan pemerintah kalah pada 5 Mei ini.
Perlumbaan menuju ke Putrajaya masih sengit menjelang hari penamaan calon Sabtu ini, namun BN dilihat mempunyai kelebihan disamping beberapa pemerhati menjangkakan kekalahan gabungan tersebut.

 

Walau bagaimanapun, laporan Bloomberg itu menekankan gabungan PR yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjanji dalam manifesto mereka untuk menghapuskan monopoli dalam industri termasuk televisyen berbayar yang mana dikuasai oleh syarikat Ananda, Astro Malaysia Holdings Bhd.

Anwar juga berkata dalam satu temubual akan menyemak semula perjanjian kerajaan yang dibuat dengan Syed Mokhtar, dimana DRB Hicom Bhd (DRB) telah membeli 32 peratus pegangan dalam perkhidmatan pos pada 2011.

Ananda menguasai kira-kira 42 peratus pegangan dalam Astro, menurut data yang dikumpul oleh Bloomberg.

Beliau juga mempunyai pegangan dalam Maxis Bhd, syarikat operasi telekomunikasi kedua terbesar yang dinilai berdasarkan pasaran semasa.

Saham Astro dan DRB telah turun sekurang-kurangnya empat peratus tahun ini, berdasarkan perbandingan dengan FTSE Bursa Malaysia Indeks KLCI (FBMKLCI) perolehan 1.1 peratus, lapor Bloomberg.

“Perkembangan ini dilihat sebagai selari dengan pilihan raya yang dijangka akan sengit,” kata ahli ekonomi benua Asia, Rahul Bajoria selepas dihubungi Bloomberg Singapura pada 12 April.

“Terdapat beberapa kebimbangan dalam pasaran terutamanya apabila PR menyatakan mereka akan mengkaji semula kontrak.”

“Apabila kita mengambil alih, kami akan arahkan Ananda dan menyuruhnya ‘mengurangkan kadar,” kata Anwar dalam satu temubual pada Mac lalu di Kuala Lumpur. “Ia sangat mahal.”

Jutawan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen daripada Bloomberg. Astro juga enggan mengulas tentang janji Anwar tersebut.

Ananda, 75, dianggarkan memiliki aset bersih yang bernilai kira-kira sebanyak AS$8.8 bilion (RM27 bilion), menurut Indeks Jutawan Bloomberg.

“Sudah tentu mereka boleh mengkaji semula situasi monopoli,” Ang Kok Heng, yang membantu menguruskan sejumlah AS$428 juta sebagai ketua pegawai pelaburan di Phillip Capital Management Sdn yang dihubungi Bloomberg di Kuala Lumpur pada 12 April.

“Tetapi saya tidak fikir mereka boleh melakukan banyak kerana Astro sangat dikenali.”
Pelabur bertahan dan membeli saham-saham bukan kitaran dengan hasil dividen yang tinggi seperti kilang arak, utiliti dan amanah pelaburan hartanah menjelang hari mengundi, tulis laporan Terence Wong, ketua penyelidikan di CIMB Group Holdings Bhd berpangkalan di Kuala Lumpur pada 3 April.

Beliau menamakan DRB, MMC Corp (MMC) dan Padiberas Nasional Bhd - yang mana semua dikawal oleh Syed Mokhtar - antara syarikat-syarikat “dilihat mempunyai hubungan politik”, menurut laporan Bloomberg itu lagi.

Jutawan bumiputera itu memiliki 52 peratus pegangan dalam MMC dan 55.9 peratus dalam DRB.
Syarikat-syarikat swasta yang dikaitkan dengan Syed Mokhtar juga menguasai Tradewinds (Malaysia) Bhd, yang memiliki 73 peratus daripada Padiberas, pembekal 45 peratus beras negara, menurut data daripada laman web Tradewinds.

“Pilihan raya adalah pertarungan sengit,” kata Ang daripada Phillip Capital kepada Bloomberg.
“Selagi anda dilihat sebagai pro-Barisan, maka anda akan dihukum. Ia sentiasa berlaku dalam politik.”

- MI


1 ulasan:

SysOp berkata...

Bhai Chor Sniper...

Masak... masak la lepas nih... hehehe

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot