Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

29 April, 2013

PAS kencing PKR, DAP kencing PAS. Padan muka!



PAS kencing PKR


JERANTUT - Datuk Seri Abdul Hadi Awang menzahirkan sokongan secara terbuka kepada calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak telah menimbulkan kemarahan sekutu politik mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR).
 
"Saya berharap pengundi akan memberi sokongan kepada Cikgu Koh pada hari pengundian. Beliau menggunakan simbol bunga raya," katanya sebelum mengangkat tangan Koh dan calon PAS bagi kerusi Parlimen Jerantut Dr Hamzah Jaafar sebagai tanda sokongannya.
 
Koh merupakan Timbalan Pengerusi DAP Pahang, namun statusnya dalam parti menjadi tanda tanya apabila Pengerusi DAP negeri, Leong Ngah Ngah enggan mengulas ketika ditanya sama ada Koh telah dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas.
 
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata tindakan Abdul Hadi itu bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat apabila PAS menyokong kempen calon Bebas.  selanjutnya

DAP kencing PAS





Batu Pahat: PAS melahirkan rasa terkejut dan pelik dengan kenyataan Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez, yang meminta masyarakat bukan Islam tidak mengundi PAS.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Aminolhuda Hassan, menyifatkan kenyataan Fernandez mengecewakan kerana ia dibuat secara melulu dan tidak kena pada masanya.

Katanya, pendirian Fernandez membawa pembangkang selangkah ke belakang, sekali gus dibimbangi menjejaskan sasaran mereka menguasai lebih banyak negeri, termasuk Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

“Kami amat terkejut dan kecewa dengan pendirian Fernandez itu. Adalah tidak wajar beliau membuat permintaan sebegitu ketika PRU-13 semakin hampir.

“Pada saya, dia tidak mengikut arus. Sepatutnya dia harus bersyukur kerana masyarakat Johor, tidak kira Melayu, Cina dan India adalah masyarakat saling menghormati dan hidup harmoni.

“Dalam pembangkang khususnya di Johor, kami sudah ada kesepakatan tetapi Fernandez mencetuskan syak wasangka dan kebimbangan pengundi bukan Melayu terhadap PAS,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Rayu bukan Islam 

Kelmarin, Fernandez yang juga pemimpin nombor dua DAP Johor itu membuat kejutan apabila dilaporkan merayu pengundi bukan Islam supaya tidak mengundi PAS.

Fernandez berkata, bukan Melayu perlu memikirkan dengan teliti sama ada mereka mahu memperjudikan masa depan mereka bersama PAS berikutan ikrar Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk terus memperjuangkan agenda negara Islam jika pembangkang menang PRU-13. Selanjutnya

Ni pulak penjelasan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk kes PAS kencing PKR:

 Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Sabtu lalu, di Jerantut, Ustaz Hadi menghadiri program di mana 40 orang pemuda Umno DUN Pulau Tawar menyerahkan borang keahlian PAS.

Namun begitu, di majlis yang sama calon Bebas, Koh Boon Heng bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak, Pahang turut datang menyerahkan borang permohonan menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

“Sebenarnya tiada sepatah katapun dari mulut presiden yang sokong calon Bebas. Dia hantar borang nak jadi ahli DHPP dan naik pentas lepas serah borang. Orang ramai minta angkat tangan untuk bergambar… itu yang keluar gambar seolah-olah memberikan sokongan kepada Koh,” terang Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily. selanjutnya


P/S: Mana satu yang betul?



Tiada ulasan: