Terbaik dari: Ronasina
Politik Kelentit
Seriuskah sebenarnya politikus kita dalam membawa arus perubahan? Umnoisme bukan parti politik tetapi sebuah fahaman yang ditanam dan dipupuk sehingga segenap rakyat dihinggapi fahaman ini hatta parti politik yang memusuhi umno itu sendiri.
Benar umno mengamalkan polisi merahsiakan bila tarikh pilihanraya dan kita sudah membenarkan budaya hanya PM sahaja berkuasa ke atas tarikh keramat ini. Nak pilihanraya pun kena tunggu dia balik umrah dulu.
Tapi penyakit yang sama turut dihinggapi parti politik lain. Walaupun pimpinan PR mengatakan mereka sudah bersedia menghadapi PRU sejak Jun tahun lalu lagi tapi sehingga hari ini tanyakan kepada mereka siapakah calon-calon yang akan bertanding atau di manakah si anu akan bertanding atau kawasan itu siapa calonnya, mereka pun tak tahu.
Akhirnya pengundi hanya kenal di saat-saat akhir kalau calon itu bukan calon tempatan. Calon ini tiada rekod kerja di situ, tak kenal akar umbi dan siapa yang bertungkus lumus selama ini di situ, baru nak study budaya dan permasalahan di kawasannya. Jadilah minggu kempen hanya minggu mengedar risalah.
Ini yang berlaku sebelum ini. Yang berjaya adalah kerana mood rakyat yang inginkan perubahan. Calon bidan terjun, calon terkejut, calon tak pernah jadi ahli semua muncul. Maka jadilah rebut kedudukan, lompat melompat, merajuk, gadai perjuangan.
Yang tertipu rakyat. Rakyat terlalu mengharap. Mereka menaruh penuh harapan tetapi ular-ular yang menggunakan harapan rakyat ini mencuri kesempatan menaikkan diri untuk perut sendiri.
Calon bukanlah berasaskan kemahuan rakyat tetapi sejauh mana pimpinan berjaya dibodek dan diyakini.
Walaupun hanya duduk membebel tak turun padang. Yang turun padang ke hulu ke hilir tetapi berani mengkritik pimpinan, atas alasan tiada kesetiaan (baca: mengampu) ditolak.
Inilah politik kita. Yang aku pinjam istilahnya dari Fathi Aris Omar, editor Malaysiakini dalam tulisannya di majalah Siasah suatu ketika dahulu: Politik Kelentit. lupa apa yang dia tulis tapi istilah itu .