Itu la yang fikir bila baca berita di bawah. Kalau ikut logik, seharusnya begitu. Kenapa Najib hanya berjanji kepada rakyat negeri yang belum dikuasai BN?
Kan bagus kalau pengumuman Najib berbunyi begini:
Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji rakyat Kelantan yang layak akan diberi tanah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagaimana yang telah dilaksanakan di negeri-negeri yang telah dikuasai BN. - Best tak? hahaha
Kalau takat macam kat bawah apa celup!
Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji rakyat Kelantan yang layak akan diberi tanah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
KUALA KRAI 15 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak
berjanji rakyat Kelantan yang layak akan diberi tanah sekiranya Barisan
Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya
Umum Ke-13 nanti.
Perdana Menteri berkata, ini merupakan janji tambahan kepada tujuh perkara besar yang beliau umumkan semasa melawat negeri ini pada 20 Januari lalu.
Katanya, BN bukan bercakap kosong seperti pembangkang yang hanya pandai membuat janji tetapi tidak menunaikannya.
"Pertama jangan bagi tanah pada pemimpin DAP, untuk apa bagi tanah pada pemimpin DAP, rakyat Kelantan dahagakan tanah, lebih 4,000 hektar tanah bagi pada Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming. Rakyat dapat apa?
"Salah satu janji tambahan, kita akan bagi tanah kepada rakyat Kelantan, kita sebuah kerajaan kena buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalan beliau, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.
Pada 20 Januari lalu, Najib ketika melawat negeri ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan menyelesaikan masalah air.
Kan bagus kalau pengumuman Najib berbunyi begini:
Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji rakyat Kelantan yang layak akan diberi tanah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagaimana yang telah dilaksanakan di negeri-negeri yang telah dikuasai BN. - Best tak? hahaha
Kalau takat macam kat bawah apa celup!
Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji rakyat Kelantan yang layak akan diberi tanah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menerajui kerajaan negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
BN janji beri tanah kepada rakyat Kelantan
Perdana Menteri berkata, ini merupakan janji tambahan kepada tujuh perkara besar yang beliau umumkan semasa melawat negeri ini pada 20 Januari lalu.
Katanya, BN bukan bercakap kosong seperti pembangkang yang hanya pandai membuat janji tetapi tidak menunaikannya.
"Pertama jangan bagi tanah pada pemimpin DAP, untuk apa bagi tanah pada pemimpin DAP, rakyat Kelantan dahagakan tanah, lebih 4,000 hektar tanah bagi pada Ngeh Khoo Ham dan Nga Kor Ming. Rakyat dapat apa?
"Salah satu janji tambahan, kita akan bagi tanah kepada rakyat Kelantan, kita sebuah kerajaan kena buat yang terbaik untuk rakyat," katanya ketika berucap dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Krai di sini hari ini.
Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalan beliau, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, Datuk Ramzi Ab. Rahman.
Pada 20 Januari lalu, Najib ketika melawat negeri ini mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.
Projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan menyelesaikan masalah air.
Alam meraikan pengumuman Najib di Kelantan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan