'M'sia akan beli 18 pesawat tempur baru'
Malaysia
menyenarai pendek lima pengilang bagi mendapatkan 18 pesawat tempur
menjelang 2015 bagi menggantikan MIG-29 buatan Rusia yang sudah berusia,
kata menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.Syarikat disokong British Eurofighter Typhoon, SAAB JAS-39 Gripen (Sweeden), Dassault Aviation Rafale (Perancis), Boeing's F/A 18E/F Super Hornet dan Sukhoi Su-30 (Rusia) sudah disenarai pendek, Zahid dipetik sebagai berkata kepada Reuters.
"Kami sudah buat senarai pendek," kata Zahid ketika ditemui di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Langkawi seperti dilaporkan agensi berita antarabangsa itu.
"Kami belum tahu lagi berapa kosnya."
Sumber industri memberitahu, pembelian itu boleh menjangkau angka berbilion dolar.
Langkah itu bagi memodenkan kuasa udara di Asia Tenggara ekoran pertikaian dengan China berhubung sebahagian kawasan di Laut China Selatan dan pencerobohan pengganas daripada Selatan Filipina berhubung isu Sabah.
Keputusan itu dijangka hanya dibuat selepas pilihan raya umum yang mesti dilangsungkan sebelum penghujung Jun. Mkini
[Baca berita penuh]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan