Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

10 Mac, 2013

Kecemerlangan BN sepanjang 5 X 8 Mac!



  • kehadiran cincin 24 juta dan kisah kemewahan Imelda Rosmah
  •  penyelewengan pinjaman penternakkan suami menteri yang menyediakan kondo untuk lembu NFC di mana gaji setiap anak-anak mereka seumpama terkena loteri RM30-RM50 ribu setiap bulan
  • RM setengah juta digunakan untuk ‘kenduri’ pertunangan anak Perdana Menteri
 


Akhirnya kita bertemu 8 Mac kelima, dan parlimen masih di situ

9 MAC — Saya mula menulis artikel ini ketika satu jam menghampiri tarikh 8 Mac, sebuah tarikh keramat di mana fasa kedua reformasi tanahair berlaku. 8 Mac lima tahun yang lalu, sebahagian daripada rakyat Malaysia yang punya rasa tanggungjawab ke atas negara telah dengan berani menongkah arus untuk perubahan dengan mengundi selain Barisan Nasional.
Separuh daripada rakyat yang keluar mengundi telah memberanikan diri melakukan perubahan tanpa ‘clue’ atau ‘leads’ atau testimoni yang betul-betul menjamin. Dengan kata lain, mereka memilih dalam gelap di atas kekecewaan ‘wayang’ seorang Mr. Clean yang tidak berapaclean iaitu Paklah.
Ketika itu, hanya Kelantan sebagai negeri testimoni yang tidak mampu membuktikan banyak kelebihan selain kewarakkan pemerintahan TG Nik Aziz — modal dan model yang cukup besar. Faktor Anwar Ibrahim juga tidak boleh diketepikan, beliau faktor penyatu membawa harapan baru kepada negara. Dengan faktor-faktor yang tidak seberapa termasuklah kelemahan Umno di bawah Paklah itu sendiri, maka tercetuslah apa yang dinamakan Tsunami 8 Mac.

Tanggal 8 Mac adalah sejarah negara yang juga digelar tsunami politik oleh kebanyakkan orang politik, manakala orang yang bukan politik turut merasai satu kejutan budaya apabila pada malam yang sama selepas pengiraan undi, jauh di sudut hati mereka menyatakan betapa Umno dan Barisan Nasional tidak mustahil untuk ditumbangkan. Perasaan seperti ini tidak wujud sebelum 8 Mac, perasaan Umno dan BN boleh ditumbangkan ini wujud hanya pasca 8 Mac.

Saya masih ingat pada malam pengiraan undi itu awalnya dapat dilihat satu ‘backdrop’ besar yang tertera perkataan “Tahniah Paklah Kerana Berjaya Mengekalkan Majoriti 2/3” terpapar di dewan utama PWTC. Namun ‘backdrop’ tersebut hilang dari pandangan ditutup oleh kain hitam yang besar. Peristiwa penutupan ‘backdrop’ ini adalah satu semiotik menifestasi kekalahan Barisan Nasional, namun rakyat masih belum cukup menang walaupun jumlah pengundian seluruh negara menghampiri 50-50 dari sudut undi popular. Keputusan ini amat mengejutkan, lantas ia juga mengejut rakyat dari 50 tahun tidur yang tidak berapa lena. Rakyat terjaga terus dengan mata yang buntang memerhati perkembangan politik tanahair secara lebih serius.

Selepas Tsunami 8 Mac sehingga bertemu 8 Mac yang kelima iaitu hari ini, begitu banyak peristiwa yang berlaku dan seterusnya memberi impak kematangan kepada hampir semua rakyat Malaysia untuk bersama menyertai pertembungan era baru sistem dua parti. Dalam ruangan yang terhad ini saya tidak mampu mengolah semua peristiwa yang berlaku di antara ‘lima kali 8 Mac’, namun cukuplah jika saya katakan rata-rata rakyat Malaysia hari ini telah mengambil tahu hal politik tanahair berbanding sebelum 8 Mac yang pertama. Setiap dari mereka tidak melepaskan peluang untuk celik politik dan ingin menjadi sebahagian dari sejarah perubahan negara dengan peranan masing-masing, ia perkembangan yang sangat sihat kepada Pakatan Rakyat dan sangat sakit kepada Barisan Nasional. Mengapa?

Saya jelaskan, pertembungan kali ini amat berbeza dari pertembungan terdahulu. Jika dulu mereka yang menyokong pembangkang dikatakan menongkah arus tetapi hari ini ia bukan lagi menongkah arus, sebaliknya ia adalah menyelusuri arus kerana arus perubahan itu sangat deras dan tidak mampu lagi dibendung.

Lima kali 8 Mac menyaksikan sorotan isu-isu besar yang menarik perhatian umum, daripada kehadiran cincin 24 juta dan kisah kemewahan Imelda Rosmah, penyelewengan pinjaman penternakkan suami menteri yang menyediakan kondo untuk lembu NFC di mana gaji setiap anak-anak mereka seumpama terkena loteri RM30-RM50 ribu setiap bulan, ini semua berlaku ketika rakyat semakin tertekan dengan kenaikkan harga petrol dan barangan asas keperluan harian. Ketika rakyat tidak cukup duit nak makan dengan gaji seterusnya lambat lagi, ketika yang sama juga duit rakyat RM setengah juta digunakan untuk ‘kenduri’ pertunangan anak Perdana Menteri. Ini semua punya kesan yang mempengaruhi kederasan arus perubahan.

Lima kali 8 Mac juga menyaksikan keangkuhan, keganasan dan kezaliman pemerintah. Jangan sesiapa pun antara kita lupa bagaimana angkuhnya kerajaan menaikkan harga petrol sebanyak 78sen per liter, ada yang bertumbuk di stesen minyak malam yang zalim itu. Bagaimana angkuhnya kerajaan memonopolikan pelbagai keperluan asas seperti harga gula yang naik dari RM1.20 hingga RM2.30 dalam lingkungan masa setahun setengah.

Lagi, kematian Kugan yang mati dalam lokap, Beng Hock dan Sarbaini yang mati di bawah jagaan SPRM, adik Aminulrashid yang mati kononnya sebagai penjenayah dan ramai lagi rakyat yang tidak mendapat pembelaan sewajarnya. Malah dalam kes Aminulrashid polis yang melepaskan 21 das tembakkan akhirnya didapati tidak bersalah dan minggu yang sama seorang lagi anak bangsa terkorban apabila motornya ditendang polis berpakaian preman. Rakyat terkesan dan sedia untuk menyertai perubahan dengan persoalan yang bermain di minda “nasib yang sama akan diharungi jika ia berlaku di kalangan keluarga sendiri”, maka adalah tidak selamat untuk terus memberi mandat kepada kerajaan yang mengamalkan ‘negara polis’ ini. Belum saya cerita apa yang berlaku pada Bersih 2 dan Bersih 3, rakyat jadi saksi.


Lima kali 8 mac juga menyaksikan negara ini dijual sehabisnya. Tanah rezab melayu terus layu jumlahnya, Batu Putih lesap, Tanjung Pagar tergadai. Lagi, isu PKFZ tiada hujung pangkal, hilang berbelas bilion wang rakyat. Isu kapal selam scorpene yang melibatkan penyelewengan komisyen separuh bilion walhal kapal selam yang sama tidak mampu menyelam dan pembeliannya juga tanpa pakej torpedo menjadikan tambahan RM900juta wang rakyat perlu dihabiskan untuk sistem peluru berpandu, rakyat terus ditongongkan. Jet pejuang tanpa enjin, stadium runtuh bukan sekali malah dua kali runtuh, jambatan runtuh, makmal komputer runtuh. Saya tak mampu sebut semua, hanya yang terlintas sahaja yang sempat ditulis tetapi kesimpulannya tetap sama — rasuah penyelewengan cukup berleluasa dan rakyat menilai.

Dalam masa yang sama, lima kali 8 Mac juga memberi satu gambaran yang tidak mampu dipadam kebenarannya iaitu pentadbiran yang cekap dan amanah negeri-negeri pimpinan Pakatan Rakyat sehingga mampu melakukan penjimatan yang menguntungkan rakyat. Prestasi cemerlang negeri Pakatan Rakyat bukan omongan syok sendiri tetapi diiktiraf sendiri oleh Jabatan Audit Negara lantas ia menjadi testimoni yang penting betapa bukan Barisan Nasional sahaja yang mampu mentadbir malah Pakatan Rakyat punya pakej jauh lebih baik. Justeru itu, timbul faktor keyakinan terhadap Pakatan Rakyat bukan sahaja untuk mentadbir negeri, malah sedia untuk menerajui Putrajaya.

Semua ini rakyat Malaysia sudah tahu, sudah khatam, sudah hafal dan ada yang sudah jelak lagi muak. Rakyat sudah bersedia seutuhnya demi perubahan ini tidak sabar untuk menolak Barisan Nasional setelah habis mandatnya sejak 8 Mac lima tahun yang lalu. Namun malangnya sudah masuk lima kali 8 Mac rakyat masih tidak berpeluang untuk melaksanakan menifestasi yang bakal menamatkan pemerintahan 56 tahun Umno Barisan Nasional. Buat kali pertama dalam sejarah, parlimen belum dibubarkan selepas 5 tahun pilihanraya lalu, berlalu. Mengapa?

Ura-ura pembubaran Parlimen sudah kedengaran sejak suku keempat tahun 2011, ketika itu kita menjangkakan tidak sempat bertemu 8 Mac keempat tetapi ianya ’false alarm’. Dalam tempoh yang sama, Najib beberapa kali menyatakan hasrat untuk bubar namun sudah mencecah 8 Mac kelima, masih belum bubar. Daripada BR1M asalnya adalah ‘one-off’ yang bermaksud sekali bayar, kini sudah ‘two-off’ dan dijanjikan BR1M ketiga dengan rasuah yang lebih besar walaupun berbentuk ‘janji’, parlimen masih belum dibubar. Mengapa?

Persoalan mengapa parlimen belum dibubar untuk memberi laluan PRU-13 juga rakyat sudah tahu apa sebabnya —  Umno Barisan Nasional akan kalah. Umno BN juga tahu mereka akan kalah, maka atas sebab yang sama parlimen belum mampu dibubarkan. Percayalah, sudah sampai satu tahap di mana jika Umno dan Barisan Nasional menipu pilihanraya sekalipun, mereka tetap tumbang di atas kebangkitan luar biasa rakyat Malaysia mencebur perubahan. Apa lagi yang mampu ‘mereka’ lakukan?

Baru-baru ini peristiwa besar melanda tanahair, peristiwa ini hadir ‘tepat’ pada masanya. Telah berlaku tuntutan ke atas negeri Sabah oleh ‘Kesultanan Sulu’ yang menyaksikan pencerobohan Lahad Datu dan mengundang kematian 8 orang perajurit negara setakat ini. Seperti yang pernah saya ulas sebelum ini, kematian berlaku di atas kelalaian pemerintah dalam membuat keputusan. Mengikut bacaan umum, hasil dari tragedi Lahad Datu ini bakal menyaksikan Umno Barisan Nasional akan tumbang lebih besar dari jangkaan, malah jika isu Lahad Datu ini tidak mencelah pun Umno Barisan Nasional tetap akan tumbang menyembah bumi. Tetapi cuba fikir baik-baik, bagaimana Umno dan Barisan Nasional nak tumbang kalau pilihanraya tidak menjadi pilihan untuk dilaksana dalam masa terdekat?

Tidak mustahil akan berlaku darurat dan pilihanraya akan ditangguh sehingga ‘mereka’ rasa selamat untuk masuk gelanggang pilihanraya, hanya selepas itu darurat dihentikan dan parlimen dibubar. SPR sendiri akui bahawa pilihanraya boleh ditangguh jika kemelut Lahad Datu dan Sabah berpanjangan.

Andainya peristiwa ini dikatakan sandiwara maka ramai yang akan melatah. Saya ingin berterus terang, tembakkan yang berlaku adalah benar, letupan bom adalah benar, mereka yang terkorban adalah benar terkorban, tidak timbul soal hidup kembali bila dikait dengan perkataan ‘sandiwara’. Jujurnya mereka yang terkorban adalah wira yang mempertahankan kedaulatan negara. Namun begitu, bagaimana terjadinya pencerobohan, bagaimana askar sulu tembus dan berkampung selama 3 minggu di Kg Tandou tanpa tindakkan tegas pemerintah negara, bagaimana begitu banyak hal tidak masuk logik berlaku — ini menjadi tanda tanya yang sangat penting hingga timbul soal “apakah ia satu konspirasi”? Konspirasi ini dibaca oleh sesetengah pihak dengan bunyi ‘plot’ dan juga ‘sandiwara’.

Konspirasi terancang seperti ini boleh disusun bermacam cara bergantung kepada objektif yang hendak dihasilkan, samada untuk satu polemik baru bagi menutup polemik sedia ada, atau untuk membeli masa, atau pelbagai lagi. Kesimpulannya, hampir semua isu semasa berjaya dilitupi dengan ‘kanvas’ Lahad Datu. Walaubagaimanapun, tidak semua yang dirancang itu menjadi mengikut apa yang dirancang.

Plot ini akhirnya tidak berjaya menjadikan Najib Razak seorang ‘hero’ baru kerana kegagalan Najib dan Kerajaan Malaysia mengendalikan konflik Lahad Datu dengan baik. Malah percaya dan yakinlah konspirasi yang menggugat kedaulatan negara ini gagal memberi bekalan positif untuk kempen Umno Barisan Nasional. Hanya yang Umno dan Barisan Nasional mampu lakukan ketika ini ialah, terus membeli masa dengan mengheret pertembungan pilihanraya ke masa tambahan semaksimum yang mungkin.

Mungkin esok berlaku pembubaran parlimen, kerana kebetulan esok adalah 8 Mac yang jatuh pada hari Jumaat. Tetapi harus diingat walaupun parlimen bubar esok (atau tarikh lain terdekat) kononnya kerna telah lama dirancang bubar pada sekian tarikh, masih tidak mustahil pilihanraya tidak menjadi pilihan dalam masa terdekat di atas alasan — keselamatan negara belum terjamin. Jangan lupa, plot masih berjalan. .... (sudah pun terlepas tarikh ini. m@rhaen)

Walaupun telah melampaui lima kali 8 Mac, dari 8 Mac 2008 bertemu 8 Mac 2013, keghairahan untuk menggapai perubahan masih tertangguh. Namun saya optimis mengatakan walau bila pun pilihanraya, rakyat akan tetap dengan istiqomah menolak Umno dan Barisan Nasional demi sebuah kerajaan rakyat yang baru bersama PM baru yang segak dan lulus pelbagai ujian.

Inilah masanya, inilah zamannya. Kita bukan sekadar menjadi saksi perubahan, tetapi menjadi sebahagian daripada agenda perubahan itu. Ingatlah, perubahan itu tidak boleh ditunggu, tetapi harus dituntut dengan segala kuderat dan kebijaksanaan.
— Eddy Nor Reduan — eyesdotcom.blogspot.com

Ribuan kata 'Ya' di majlis 308 Pakatan

Lebih 15,000 membanjiri majlis ulangtahun kelima 308 Pakatan Rakyat di Esplanade malam tadi bagi mengingati kemenangan Pakatan merampas Pulau Pinang dari BN pada 2008.


Pada 2008, pilihan raya umum yang dikenali sebagai 'tsunami politik', telah menyaksikan lima negeri, termasuk Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan, manakala BN kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen.

Ketua Menteri Lim Guan Eng, yang tiba di padang Dewan Bandaraya selepas pukul 9 malam dengan disambut tepukan gemuruh orang ramai, gembira dengan respon hadirin, dan menganggarakan dalam tweetnya jumlah mereka ialah kira-kira 50,000.

Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada penduduk Pulau Pinang yang memberi kemenangan kepada Pakatan pada 8 Mac itu.

Sebelum itu, jalan-jalan sekitar Padang Kota Lama menjadi sesak, sehingga ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka kira-kira 1 km jauhnya, dan berjalan kaki untuk menghadiri majlis tersebut.

Ramai yang meletakkan kenderaan mereka di luar tempat parkir yang sah, dan disaman oleh polis. Saman-saman itu kemudiannya dikutip oleh setiausaha politik Lim, Ng Wei Aik, yang merancang untuk bertemu pihak berkuasa berhubung perkara  itu.
Susan Loone - Malaysia Kini - 5:19PM Mac 9 2013




Tiada ulasan: