Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

06 Mac, 2013

Gelaran pengganas. Malaysia 2 x 5 Israel!

Dalam dok pongpang2 kutuk Israel yang melabel pejuang palestine sebagai pengganas, kita pun 2 x 5?


Label pengganas dikeluarkan beberapa jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan yang berkubu di Lahad Datu.





Jamalul Kiram III

Jamalul Kiram III mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh pengikutnya di Taguig, selatan Manila baru-baru ini. - Foto ihsan philstar.com/Nation
 
 
MANILA - Sultan Jamalul Kiram III menolak label pengganas yang dikenakan, oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina, ke atas pengikutnya yang menceroboh Lahad Datu, Sabah awal bulan lalu dan berkubu sehingga sekarang.

Label pengganas dikeluarkan beberapa jam selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas kumpulan yang berkubu di Lahad Datu.

Dalam temu bual berasingan di kediaman keluarga Kiram di Maharlika Village, anak sultan, Puteri Jacel Kiram pula berkata label pengganas dikeluarkan hanya bertujuan untuk menghalang campur tangan antarabangsa.

Beliau menambah, pihaknya sudah meminta bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar menyiasat pendekatan tentera Malaysia terhadap kumpulan bersenjata yang diketuai Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Jacel menambah bahawa usaha tentera Sulu merupakan perjuangan seluruh Filipina.

“Tentera kami tidak akan menyerah kalah kepada pasukan Malaysia walaupun mereka menyerang kami pagi semalam dalam usaha menghentikan konflik yang berlanjutan sudah tiga minggu ini,” katanya dipetik ABS-CBNnews.

Jacel berkata, pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kembali hak mereka dan akan menyerahkan segalanya kepada ALLAH.

“Kami juga bagaimanapun tidak akan menghalang usaha rundingan diadakan dengan pihak kerajaan Filipina,” ujarnya.

Kata Jacel, pihaknya akan terus kekal berjuang di Sabah dan tidak akan kembali ke Filipina.

Beliau terus bertegas yang pihaknya sendiri tidak akan mengeluarkan sebarang arahan meminta pengikutnya kembali ke Filipina dalam masa terdekat ini.

Laporan Bernama malam tadi menyebut Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, sebagai pengganas.

Pendirian itu turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario.

"Setiausaha Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas," kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah itu.

"Kita menghargai pendirian kerajaan Filipina dan Presiden Benigno Aquino yang menggesa kumpulan Sulu itu menyerah diri dan pulang kepada keluarga dan rumah masing-masing di Filipina.

"Kumpulan itu bagaimanapun  memilih untuk mengabaikan seruan itu," kata Anifah.

- sinar harian

Tiada ulasan: