Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

25 Mac, 2013

Kit Siang berjaya buat UMNO dan PAS totok terkedu!

Pembetulan: Kit Siang berjaya buat UMNO dan PAS totok  UG terkedu! hahaha!

Kit Siang guna lambang PAS, Umno hilang punca

KUALA LUMPUR: Kesediaan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang bertanding menggunakan lambang PAS menyebabkan Umno BN semakin hilang punca.

Jika sebelum ini, Umno BN sering menggunakan senjata perkaumannya meyerang Pakatan Rakyat khususnya dalam isu kebersamaan PAS dan DAP, namun dengan kenyataan terbaru Kit Siang itu membuatkan Umno mati akal.

“Umno cuba pecah belahkan Pakatan Rakyat dengan isu perkauman tapi bayangkan jika Lim Kit Siang bertanding dengan lambang PAS. Kita mahu tengok apa lagi hujah Umno untuk dimainkan. Umno hendak cakap apa lagi?

“Kalau pilih (lambang) PKR, ini biasa sebab KEADILAN parti berbilang kaum tapi pemilihan guna lambang PAS pasti beri kesan luar biasa,” kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dipetik KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian dengan disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 penduduk tempatan pada Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Melayu Majidee, Jphor Baharu malam tadi.
Kit Siang semalam membayangkan kesediaan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatal pendaftaran DAP sekaligus menghalang parti itu bertanding PRU 13.

Ianya ekoran parti itu mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) akibat kesilapan pengiraan undi akhir tahun lalu.

PAS alu-alukan

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika mengulas perkara itu semalam mengalu-alukan cadangan Kit Siang itu.

“Jika berlaku pembatalan (DAP), PAS mengalu-alukan calon-calon DAP dan Kit Siang untuk bertanding menggunakan lambang PAS mahupun PKR,” katanya kepada Harakahdaily.

Dalam pada itu, Mustafa menegaskan bahawa adalah tidak adil untuk mengambil tindakan terhadap DAP menjelang PRU13 dan melihat tindakan tersebut bermotif politik.

Pandangan sama turut dikongsi Saifuddin yang mempersoal kenapa ROS langsung tidak mengambil  tindakan terhadap Umno Kelantan berikutan tidak pernah mendaftar mengikut Akta Pertubuhan sejak 1987.

“Hampir 90 peratus ranting dan cawangan Umno Kelantan tidak pernah didaftar selepas diharamkan pada 1987 tapi tiada tindakan dari ROS kerana Umno parti pemerintah,”  kata Ahli Parlimen Machang itu.
Macamanapun ada pulak yang komen cenggini!:
 SEMUANYA DEMI KUASA POLITIK ! Semuanya sanggup digadaikan termasuk nama dan lambang perjuangan parti. Langsung tidak ada pertimbangan akan KELAYAKAN calon Dap untuk menggunakan lambang perjuangan Islam Pas. Semuanya sudah tidak ada nilai lagi, tidak dipedulikan lagi.

PAS sendiri sudah dijadikan sebagai satu ALAT oleh para pemimpinnya demi mencapai apa yang diidamkan selama ini iaitu KUASA POLITIK ! Jadi apa salahnya ALAT itu turut di kongsi pakai oleh rakan kongsi mereka ....

Biarlah orang yang nak pakai nama dan lambang Pas itu orang yang sanggup mati dalam menentang perlaksanaan Islam dan Hudud ..... No Hal.

Biarlah orang yang nak pakai nama dan lambang Pas itu orang yang mahu jualmurahkan nama ALLAH untuk dipakai oleh sesiapa saja, menghina dan menjatuhkan status nama KHAS yang ada pada ALLAH itu kepada gantinama yang merujuk kepada Tuhan siapa saja.. No Hal.

Sebab Nama dan Lambang parti Pas itu sudah tidak punya nilai lagi kepada pemimpin Pas sendiri ! PAKAILAH ..... SIAPAPUN BOLEH PAKAI .... SILAKAN PAKAI ! ...... No Hal.


Apakah Lim Kit Siang, Karpal dan Dap benar2 nak pakai ? Hahahahahaha ....... Kalau dah sebegitu MURAH dilelong, diorang nak pakai pun JIJIK !

Lim Kit Siang hanya nak BUKTIkan betapa Dap telah akhirnya berjaya menjinakkan Pas .... ITU SAJA.
dan dibalas dengan:

Tak habih-habih POLITIK PERKAUMAN bangang!
hahahaha!

Tak caya? jengok SINI

Tiada ulasan: