BERSALAH....Dr Mahathir dipersalahkan kerana menjadi
orang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan melalui 'Projek IC' di Sabah.
By :
JAMILAH KAMARUDIN
KUALA
LUMPUR: Rata-rata panelis forum ‘Mahkamah Rakyat : Kisah dari Lahad Datu, Siapa
Pengkhianat Sebenar?’ menyimpulkan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir
Mohammad sebagai individu yang menjadi punca sehingga timbulnya krisis
terbabit.
Dr
Mahathir dipersalahkan kerana menjadi orang bertanggungjawab memberi taraf
kerakyatan melalui ‘Projek IC’ di Sabah sejak awal tahun 80-an.
Bekas
tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Hassnar Ebrahim dalam ucapannya
mengakui, beliau pernah menandatangani 500 borang kosong dalam satu masa semasa
menjadi Ketua Daerah Sandakan.
Terlibat
dalam Projek IC tanpa sedar, Hasnar berkata borang kosong terbabit kemudiannya
disahkan dan dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum diubah
menjadi sijil kelahiran.
Katanya,
semasa Sabah di bawah pemerintahan Parti Bersatu Sabah (PBS) antara 1979
sehingga 1984, tidak kurang daripada 125,000 jumlah kad pengenalan yang
dikeluarkan kerajaan persekutuan kepada sebilangan besar pendatang haram.
“Gunung
berapi dalam dada saya sudah mahu meletup.
“Kalau
ini fitnah dakwa saya kita jumpa di mahkamah,” katanya di hadapan kira-kira 1,
000 orang di Dewan Perhimpunan Cina
Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Peranan
Megat Junid
Beliau
turut mengakui wujud pertemuan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri Almarhum Tan
Sri Megat Junid Megat Ayub dengan 15 pegawai tertinggi
kerajaan
ketika itu termasuk Ketua Pengarah Imegresen, polis, dan Timbalan Ketua
Pengarah JPN di pejabat Jabatan Perdana Menteri.
Beliau
mendakwa, semasa pertemuan itu Megat Junid memberitahu mereka Dr Mahathir
sendiri meluluskannya dan mahu meminta RM 2 juta untuk kos projek terbabit.
“Berikutan
itu saya ditahan ISA selama 59 hari namun tidak diseksa atau dipukul,” katanya
yang juga pernah menjadi saksi penting kes petisyen Pilihan Raya Dewan Undangan
Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999.
Sementara
itu, Siti Aminah Mahmud berkata dirinya tidak sedar terlibat dalam Projek IC di
Sabah ketika menjadi ahli Umno dan bertugas di Pejabat Umno Bahagian Sembulan.
Katanya,
pada tahun 1990 sehingga 1995 beliau membantu mendapatkan gambar dan cap jari
pendatang asing untuk dihantar ke pejabat Umno.
“Saya
tak tahu di mana mereka cetak kad pengenalan…saya bantu Umno di Sabah dan
menambahkan undi Melayu,” katanya.
Beliau
juga ditahan di bawah ISA dan disiasat selama 10 hari.
Turut
hadir berucap pemimpin Sabah Datuk Kalakau Untol, ahli parlimen Tuaran Datuk
Seri Wilfred Bumburing, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Leftenan Jeneral
(B) Datuk Ghafir Abdul Hamid dan sasterawan negara Tan Sri A Samad Said.
Suasana
forum tersebut juga meriah dengan jualan baju, buku, termasuk produk makanan
bijirin sarapan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai super hero yang
laris dijual dengan harga RM15.
"Kesian la aku. aku dah tua. Jangan la korang salahkan aku. huhuhu" |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan