Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 Mac, 2013

Militan Sulu. "Sabah ialah rumah kami!"


Umum mula membuka minda dan membincangkan siapa sebenarnya Jamalul Kiram III kerana pengiktirafan dengan gelaran sebagai Sultan menjadi tajuk persoalan utama seiring dengan krisis pencerobohan di Lahad Datu yang telah berlaku

Kesahihan arahan pemimpin yang dikenali sebagai Sultan Sulu, Jamalul Kiram III menghantar pasukan ‘tentera diraja’ ke Sabah pada 12 Februari lalu dipertikai, menurut sebuah akhbar dalam talian

krisis lahad datu 2013 tuntutan sultan sulu gelaran sultan untuk jamalul kiram iii jadi persoalan

Sultan Jamalul Kiram III
Ia ekoran beberapa penyelidikan menunjukkan pemerintahannya sebagai Sultan Sulu tamat pada 1990

Media asing dan beberapa sumber di internet sebaliknya menyatakan adiknya, Esmail Kiram II adalah Sultan Sulu yang sah

Berusia 74 tahun, Kiram III mendakwa bahawa beliau ialah ketua kerajaan Kesultanan Islam Sulu sekarang

Kesultanan Sulu mendapat perhatian umum apabila Kiram III menghantar pasukan ‘tentera diraja’ bagi menuntut Sabah pada 12 Februari lalu

Akhbar The Philippine Inquirer melaporkan pada satu sidang akhbar di Istana Malacanang , Presiden Benigno Aquino III menyatakan terdapat kesangsian dalam keturunan kesultanan tersebut.

Menurutnya, selepas pemerintahan Sultan Jamalul Kiram II tamat pada 1936, baginda meninggal dunia tanpa seorang pewaris.

Justeru, Aquino berkata, beliau telah mengarahkan satu kajian dilakukan melibatkan aspek undang-undang berhubung tuntutan Kiram III ke atas negeri Sabah di Malaysia
“Kajian ini agak menyeluruh,” katanya
Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf pemerintah Filipina ialah Ismael Kiram I pada 1974. Selepas kematiannya pemerintah Filipina enggan mengiktiraf sultan-sultan seterusnya walaupun mereka ditaati oleh penduduk setempat

mayat penceroboh kg sri jaya simunul gambar penduduk kg seri jaya simunul angkat mayat penceroboh
Penduduk kampung mengusung mayat salah seorang penceroboh yang ditembak mati untuk dibawa keluar dari Kampung Seri Jaya, Simunul pada Isnin 4 Mac 2013

 

1 ulasan:

Pengembara berkata...

PROJECT BARU UMNO

http://s16.postimage.org/o7x9r85ed/KIRAM.jpg