Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

23 Mac, 2013

Sengit! % pengundi luar parti semakin meningkat!



Merujuk kepada kenyataan di bawah, peratusan pengundi luar parti semakin meningkat. Persoalannya, kenapa?

Profil 21 peratus golongan atas pagar tersebut didapati pengundi Cina adalah golongan tertinggi dengan 53 peratus, Melayu 37 peratus dan India 10 peratus.

Golongan berpendidikan ijazah pula mencatatkan 49 peratus dari golongan sama, pengundi bawah umur 30 tahun sebanyak 51 peratus dan kali pertama mengundi 48 peratus.




Satu kajian yang dilakukan Universiti Malaya (UM) mendapati majoriti pengundi atas pagar percaya Ketua Umum KEADILAN, Anwar Ibrahim lebih layak menjadi Perdana Menteri selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Kajian yang dijalankan antara 26 Disember 2012 hingga 11 Januari 2013 itu mendapati 44 peratus responden yang dikategorikan pengundi atas pagar percaya Anwar lebih layak menjadi Perdana Menteri.

Pada masa sama hanya 31 peratus pengundi atas pagar di dalam kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) itu, melihat Najib  sebagai lebih layak.

Seramai 41 peratus responden yang dianggap pengundi atas pagar menganggap Anwar lebih berwibawa sebagai pemimpin dalam pentadbiran kerajaan.

Pada masa sama hanya 36 peratus daripada mereka melihat Najib  sebagai lebih berwibawa.

Dalam soalan sama, 45 peratus pula tidak bersetuju sekiranya Najib  dianggap pemimpin berwibawa berbanding Anwar 11 peratus.

Kategori pengundi atas pagar itu merupakan 21 peratus daripada 1,409 responden yang dibanci di dalam kajian itu dan yang menjawab “tidak pasti” kepada soalan: “Parti manakah yang dijangka menang di peringkat nasional dalam pilihanraya umum ke-13 dan menguasai Putrajaya.”

Manakala 42 peratus yang dibanci menjangkakan Umno-BN akan memenangi pilihanraya umum ke-13 berbanding 37 peratus untuk Pakatan Rakyat.

Profil 21 peratus golongan atas pagar tersebut didapati pengundi Cina adalah golongan tertinggi dengan 53 peratus, Melayu 37 peratus dan India 10 peratus.

Golongan berpendidikan ijazah pula mencatatkan 49 peratus dari golongan sama, pengundi bawah umur 30 tahun sebanyak 51 peratus dan kali pertama mengundi 48 peratus.

Kajian tersebut dibentangkan oleh Pengarah UMCEDEL, Prof Dr Mohammad Redzuan Othman dalam ‘Forum Pra Pilihan Raya: Siapa Akan Menang PRU-13?’ di Hotel Singgahsana malam tadi.

Mohammad Redzuan berkata sokongan golongan tersebut boleh dianggap penting kerana mereka adalah pengundi penentu kemenangan sesuatu parti dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

“Kajian kami mendapati dari 1,409 responden, masih terdapat 21 peratus golongan tidak pasti yang masih boleh direbut, ia satu jumlah besar” ujarnya.

Kajian sama juga menunjukkan jangkaan bahawa Pakatan Rakyat akan terus menang di peringkat nasional meningkat manakala kepercayaan terhadap kemenangan Umno-BN dilihat merosot.

Dalam tempoh 1-16 September 2012, 44 peratus responden menjangkakan Umon-BN akan menang, 30 peratus, Pakatan Rakyat dan tidak pasti 26 peratus.

Manakala kajian 31 Mac – 15 April 2012 menunjukkan BN memperolehi 49 peratus, Pakatan Rakyat 21 peratus dan tidak pasti sebanyak 30 peratus. 

Ini bermakna, BN tidak lagi mempunyai kelebihan yang menyumbang besar kepada kemenangannya dalam pilihan raya sebelum ini, tambah Mohammad Redzuan.

Menurutnya, ini kerana BN kini tidak lagi mampu melakukan persempadanan semula pilihan raya selepas hilang majoriti dua pertiga di Parlimen selepas pilihanraya umum 2008.

Satu lagi kelebihan lain iaitu keupayaan untuk mengadakan pilihan raya secara mengejut juga lenyap kerana Najib Altantuya menangguhkan pilihanraya umum ke-13 terlalu lama.

“Contohnya pembangkang tidak bersedia sewaktu pilihanraya diadakan pada 29 November 1999. 

PKR (KEADILAN) hanya berusia enam bulan (ketika itu),” katanya pada Seminar Politik dan Pilihanraya Menjelang Pilihanraya Umum ke-13.

sumber 

P/S: Macam biasa, orang politik PR terutama PAS dan PKR takkan mengambikira berita ini. Sebab? Sebab depa rasa depa lebih pandai! Mampuih pi la kat hangpa! 

Tiada ulasan: