Patut la bila ditanya sikit2 PAS Pusat, sikit PAS Pusat. Sebelum ni kalau ada apa2 masalah dalam negeri Kedah MB Azizan siap habaq "Negeri Kedah di bawah pentadbiran saya!". Rupa-rupanya ada udang balik mee!
Ulama Pas Kedah minta tukar Azizan
Menurutnya, cadangan dibuat kerana bimbang perjalanan parti terjejas
menjelang pilihan raya umum yang akan diumumkan pada bila-bila masa
sekarang, ekoran masalah kesihatan Azizan yang dilihat berterusan.
20 Mac 2013
Setiausahanya, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli berkata, pihaknya bagaimanapun tidak menamakan siapa pemimpin yang paling layak menggantikan Menteri Besar Kedah itu.
"Ini kerana kita (Dewan Ulama) yakin pimpinan tertinggi Pas tahu siapa yang terbaik untuk mereka pilih," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, pihaknya mencadangkan demikian bukan kerana tidak menghormati Azizan ataupun menolak kepimpinannya.
"Apa yang kita ambil kira hanya atas sebab masalah kesihatannya saja. Kita akui kehebatan Ustaz Azizan sebagai ahli politik yang disegani," katanya.
Ditanya kepada siapa cadangan itu dikemukakan, Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, ia dsuarakan terus kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Kali terakhir cadangan itu dibuat ialah ketika kunjungan Presiden (Abdul Hadi) ke Kedah bagi sambutan Tahun Baru Cina di Alor Setar. Kami berjumpa secara bersemuka dan beri cadangan secara lisan,” katanya.
Menurutnya, cadangan dibuat kerana bimbang perjalanan parti terjejas menjelang pilihan raya umum yang akan diumumkan pada bila-bila masa sekarang, ekoran masalah kesihatan Azizan yang dilihat berterusan.
“Ia sekadar cadangan dan bukan desakan daripada Dewan Ulama. Kami masih hormati sikap mentaati kepimpinan tertinggi,” katanya.
Ditanya sama ada perubahan itu wajar diadakan sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Syeikh Muhd Zainul Asri berkata, terserah kepada kepimpinan Pusat untuk melihat kesesuaian masa.
“Setakat ini tiada maklum balas daripada Pusat berhubung cadangan itu, walaupun sudah disuarakan sejak setahun lalu,” katanya.
Pihaknya juga menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan dewan itu menyerahkan satu memorandum kepada Pusat, yang antaranya mahu Azizan dilucutkan jawatan Pesuruhjaya Pas Kedah dan Menteri Besar sebelum PRU13.
“Tidak ada memorandum seperti didakwa, itu khabar angin,” tegasnya.
Ditanya mengenai spekulasi terbaru membabitkan beberapa nama sebagai calon menteri besar, selain Azizan, iaitu Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, Dewan Ulama menyerahkan kepada Pusat untuk menentukan calon terbaik.
“Dewan Ulama akan ikut pilihan Pusat, sesiapa yang dilantik sebagai menteri besar kami akan sokong. Pemimpin Pusat lebih mengetahui calon paling layak dalam Pas Kedah, termasuk menilai prestasi Azizan,” katanya.
Kelmarin, Sinar Harian melaporkan spekulasi siapa calon menteri besar baru sekiranya Azizan tidak lagi menyandang jawatan itu, selepas beberapa desakan akar umbi dari beberapa kawasan mahu perubahan dibuat selepas PRU13 ini. - sinarharian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan