Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

16 Mac, 2013

Pemburuan Suluk Bajau. Kenapa Shafie Afdal membisu?









RAHSIA.....Apa hubungan Shafie dengan Keluarga DiRaja 'Syaitan' Kiram ini termasuk Datu Akjan (Sultan Sulu) dan beberapa tokoh Sulu yang begitu berbangga mengabadikan kenangan bersama.
Saudara Pengarang,
USNO amat kesal dengan sebilangan besar Pemimpin Bajausuluk yang berada dalam kerajaan UMNO Sabah yang terus berdiam diri seolah-olahsudah kehilangan akal dan trauma menghadapi dilema kedaulatan Sabah yang sedang dicabar pada hari ini.
Operasi yang diberi nama  'Ops Daulat' yang sebelum ini diberi nama 'Ops Sulu' telah membedal habis-habisan penceroboh atau lebih dikenali Penganas Sulu  di Lahad Datu, Semporna, Tawau, Sandakan dan Kudat menampakkan telah mencapai kejayaan untuk menghalau kumpulan 'Syaitan Kiram III' dari Negara ini.
Sekarang operasi ini terus berjalan dan membedal penduduk Sabah tidak kira dari kumpulan Tausug Philippines atau kumpulan Suluk tempatan bagi memastikan keselamatan Negara berada di tahap yang maksima.
Namun saya tidak ingin menyentuh panjang lebar mengenai tanggujawab pihak keselamatan kerana perkara ini di bawah bidang kuasa keselamatan yang telah digariskan dibawa Esscom atau SSA. 
Tetapi Kita tidak ingin melihat tanggungjawab pemimpin Suluk dan Bajau dalam Kerajaan BN, khasnya UMNO yang terus trauma dan kehilangan akal dalam persoalan pokok iaitu isu masyarakat Suluk yang dilihat menghadapi dilemma tanpa pembelaan yang wajar.
Kawasan Esscom atau SSA dari Kudat hingga ke Tawau adalah kawasan Majoriti Bajausuluk di mana kawasan ini juga dilihat sebagai kawasan kubu kuat UMNO di Negeri Sabah.
Namun amat dikesali apabila dilemma ini berterusan tanpa pembelaan wajar pemimpin Bajausuluk dalam UMNO, mereka hanya datang dengan tiba-tiba dan menyerang pemimpin pembangkang; mengaitkan pembangkang dengan pengganas seperti pemimpin MNLF Nur Misuari dan menuntut siasatan terhadap pemimpin berkenaan.
Anwar Ibrahim nampaknya dijadikan sasaran oleh Shafie Afdal yang meminta supaya siasatan hendaklah dilakukan terhadap pemimpin ini yang beliau lihat ada kaitan dengan Nur Misuari.
Pada masa yang sama beratus-ratus ribu masyarakat Pantai Timur yang menghadapi dilemma dan trauma serta ketakutan angkara keselamatan mereka terus terancam; baik ancaman pengganas atau takut kepada pihak keselamatan, kerana pada bila-bila masa mereka boleh diheret dan disoal siasat jika ada laporan mengaitkan mereka dengan pengganas; terutama musuh politik mereka.
Apabila Tun Mahathir melabel kaum Suluk sebagai ‘Kaum ganas’ dan ‘Pengganas’, tiada seorang pun pemimpin Bajau atau Suluk dari UMNO Sabah yang bangkit membetulkan persepsi itu.
   
 
TANGKAP.......Salah seorang yang disyaki ada  hubungan dengan pengganas diheret ke Balai Polis di Semporna. Anehnya kenapa memakai baju Shafie Apdal?. 
Ahirnya masyarakat Suluk terpalit oleh panggilan itu yang melebelkannya sebagai operasi menghapuskan 'PENGANAS SULU'.
Sekali lagi Mahathir mencabar dan ingin menghapuskan budaya masyarakat Bajausuluk apabila mencadangan supaya Perumahan Kampung Air atau rumah atas air dihapuskan pada masa akan datang kerana dianggap sebagai sarang pengganas.
Sekali lagi pemimpin suluk Sabah terus kehilangan 'telur' atau mati akal kerana 'pucuk' mereka dimatikan oleh Mahathir yang akhirnya akan mati secara kekal dalam UMNO Sabah.
Asakan demi asakan yang dibuat terhadap masyarakat Bajau dan Suluk pada hari ini gagal difahami oleh pemimpin UMNO suku Bajausuluk atau mereka sengaja tidak mahu faham kerana takut dan trauma melihat serangan Bom F18 di Kampung Tanduo pada 1 Mac 2013 lalu.
Penaja USNO kesal dengan kegagalan rumpun-rumpun Melayu Bajau dan Suluk ini yang dilihat sedang 'DISELLEH BUYUNG MEREKA' oleh Mahathir tetapi terpaksa mengecutkannya kerana ketakutan yang amat sangat; di mana akhirnya mengambil jalan menjadi 'barua' UMNO hatta menderhakai bangsa sendiri.
Seluruh dunia melihat pertemuan Shafie Afdal dengan Sultan Esmail Kiram. Seluruh dunia tahu bahawa Shafie Afdal mengatur pertemuan keluarga Kiram dengan Datuk Seri Najib Tun Razak, namun tiada pula tuduhan terhadap beliau yang mempunyai kaitan rapat dengan Sultan 'Syaitan' Sulu itu walaupun dengan terang dan jelas beberapa pengganas yang ditangkap tempoh hari di Semporna memakai baju BN berlambangkan gambar Shafie Afdal.
Apakah Adun, MP, Menteri  Suluk Bajau dalam UMNO ini masih relevan untuk mewakili mereka pada masa akan datang?
Di manakah mereka pada hari ini? Di saat bangsa mereka trauma dan ketakutan,  ketakutan kerana dianggap bangsa yang ganas dan perlu dihapuskan dari muka bumi Sabah sama ada masa depan mereka, budaya mereka dan martabat mereka.
Tidakkah mereka berasa malu dan rasa bersalah apabila seorang mantan Ketua Menteri Sabah yang bukan dari keturunan Suluk keluar bersuara mengenai penganaiyaan bangsa suluk pada hari ini disuarakan oleh Tan Sri Harris bin Salleh?
Jesteru itu USNO ingin membawa rakyat Sabah khasnya mesyarakat Bajausuluk atau keturunan Suluk supaya bersatu dan ‘Magbogbog’. Jika rakyat dan kerajaan BN ingin membedal 'Penganas Suluk', kita juga mesti membedal Pemimpin Bajau Suluk yang gagal mewakili kita hari ini.
Bukankah mereka gagal melindungi masa hadapan kita, bangsa kita dan masyarakat kita yang sedang dalam ketakutan dan trauma oleh serangan bertubi-tubi; baik dari dalam Negara oleh Pemimpin UMNO sendiri atau  luar Negara oleh 'Pengganas Luar' yang mengaku keluarga Kiram.
Salam Hormat,
ABDULLAH SANI HAJI ABDUL SALLEH
Timbalan Pengerusi Penaja USNO
 

Tiada ulasan: