TERIMA.....Gambar
menujukkan Haji Ansari sedang menerima borang penyertaan sebagai ahli PKR
daripada Efendy Haji Marjayah (kedua dari kanan) di akhir majlis tersebut.
Gambar sisipan Ayunadira Haji Marjaya
Oleh: KREW SABAH KINI.NET
TUARAN : Kerabat Allahyarham
Haji Marjaya KK Haji Lidah, bekas Setiausaha Kerja UMNO Bahagian Tuaran, yang
diketuai oleh anaknya, Efendy, bersama 40 orang saudara mara mereka di Kampung
Laya-laya, Tuaran menyifatkan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk
Haji Hajiji Haji Noor sebagai tidak mengenang jasa.
Kata mereka Hajiji melupakan
perjuangan allahyarham sepanjang mencurahkan khidmat kepada UMNO serta membantu
Hajiji menjayakan cita-citanya sebagai pemimpin; bukan sahaja di Kawasan
Sulaman yang diwakilinya, malahan untuk menjadi Ahli Kabinet di Negeri Sabah.
Keluarga Efendy sungguh
merasa kecewa dengan sikap Hajiji yang telah tidak menjenguk mereka setelah
Allahyarham Haji Marjaya meninggal dunia dan sikap melupakan kawan seperjuangan
seperti itu mendorong mereka untuk membuat keputusan menyertai dan menyerahkan
borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Tuaran yang diterima oleh
oleh Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ansari Abdullah yang juga Ahli Majlis
Pimpinan PKR Kebangsaan.
Menurut keluarga Efendy
mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Hajiji kerana bersikap seperti
lupa daratan di mana memerlukan sokongan rakyat hanya untuk mendapatkan
sokongan, tetapi tidak memperdulikan penyokong setelah memperolehi kedudukan
yang dikecapinya sekarang.
Kekecewaan kerabat
Allahyarham Haji Marjaya itu telah disuarakan penuh perasaan oleh anak
perumpuannya Ayu Wandira Haji Marjaya ketika berucap di majlis menyertai PKR di
perkarangan kediaman mereka di Kampung Laya-laya, Tambalang dekat sini baru-baru ini.
"Setelah menyedari
kepimpinan Hajiji yang melupakan perjuangan dan sumbangan Allahyarham Ayah
kami, maka adalah mustahil untie kami untuk terus menyokongnya dalam
Pilihanraya Umum Ke 13 tidak lama lagi. Setelah ayah kami meninggal dunia
Hajiji tidak pernahpun menjenguk keluarga kami yang mengharapkan sumbangannya,"
kata Ayu Wandira lagi.
Melihat kepada sikap rakyat
negeri ini yang dilihat inginkan perubahan dengan menyokong pembangkang, maka
PKR Cabang Tuaran terus mendapat sokongan rakyat terutama sekali di Kawasan
Dewan Undangan Negeri Sulaman di mana sebelum ini seramai 160 orang dari
Kampung Tembiluk, Mengkabong yang diketuai oleh Jasni Aneh telah juga menyertai
PKR.
Penyerahan borang tersebut
turut dihadiri oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Tuaran, Mohd Fairuz Bandar, Pengarah
Jentera Pilihanraya PKR Sulaman; Haji Amin Haji Ibrahim, Timbalan Pengarah; Dominic
Ombilod Onul, Ketua Penerangan Jentera; Mohd Tarmizi Sandhu @ Tara Singh, Bekas
Ketua Cabang PKR Tuaran, Haji Ibrah Hamid, Pengarah Strategi; Haji Ali Akhbar
Kawi, Pengarah Media dan Perang Saraf; Haji Ghulabdin Enjih, Ketua Daerah
Mengundi Tambalang; Dikah Haji Yusof, Penolong Setiausaha Jentera; Ramli Hasrih
dan Bekas Ketua Pemuda PBS Sulaman; Ahling Kabaron.- Sabahkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan