“Kenyataan yang dilakukan saya ketika itu sebagai ketua SPRM, dan ini adalah respon kepada soalan apabila ditanya oleh media mengenai siasatan SPRM ke atas Abdul Khalid,” katanya lagi.
“Saya membuat kenyataan tersebut tanpa niat jahat untuk memburukkan reputasi, imej dan intergriti plaintif.” SINI
KUALA LUMPUR, March 27 — Barisan Nasional (BN) dilihat "cuba menampilkan imej mengambil berat terhadap gejala rasuah" walaupun mengkritik masalah itu tidak boleh selesai dalam sekelip mata, kata Datuk Seri Najib Razak bersama temu ramah dengan Financial Times hari ini, berikutan pendedahan video mengejutkan mengenaik skandal pembalakan Sarawak.
Akhbar perniagaan antarabangsa itu melaporkan perdana menteri enggan mengulas pendedahan oleh Global Witness ketika temubual tersebut, menjelaskan pihak berkuasa anti rasuah Malaysia telah menyiasat dakwaan tersebut terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
"Pelacuran dan rasuah adalah dua perkara yang membelenggu manusia sejak sekian lama. Tapi kami sedang menguruskannya. Namun ianya bukanlah sesuatu yang akan selesai sekelip mata," katanya.
Dalam artikelnya menjelaskan situasi sengit yang Najib akan hadapi dalam Pilihan Raya 2013, FT menjelaskan Umno sangat prihatin dalam topik rasuah, yang digunakan pembangkang sebagai senjata untuk kempen.
Akhbar perniagaan itu juga menjelaskan pelbagai dakwaan rasuah melibatkan kontrak kerajaan, dan Malaysia berkendudukan ke-54 daripada 176 negara berdasarkan kaji selidik indeks persepsi rasuah Transparency International Malaysia's (TI-M) 2012
Najib dilihat mencuba sedaya upaya bagi merubah negara termasuk membasmi rasuah, namun beberapa siri pendedahan rasuah melibatkan pentadbiran dan pemimpinnya berterusan berlaku.
Dalam pendedahan terbaru kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di London, Global Witness, menjadikan Taib (gambar) perhatian dalam video melibatkan penyiasatan terhadap skandal balak rasuah.
Video bertajuk "Inside Malaysia's Shadow State", menunjukkan rundingan oleh penyiasat GW dengan sepupu Taib dan beberapa orang tengah untuk membeli beberapa ribu hektar tanah hutan, yang mana kumpulan itu mendakwa menjadi kawasan petempatan ribuan masyarakay pribumi.
Taib bagaimanapun menafikan penglibatannya dan kerajaan yang dipimpinnya, malah kerajaannya juga telah memulakan inisiatif sendiri bagi menyiasat sama ada video itu adalah cubaan pembangkang untuk menjatuhkan kredibilitinya dalam PRU13.
FT berkata, pasukan Najib berkemungkinan tewas oleh Pakatan Rakyat (PR), perikatan antara pembangkang, PKR, DAP dan PAS yang semakin kukuh sejak lima tahun lalu.
PR telah menerima kemenangan pada Pilihan Raya pada Mac 2008 apabila merampas majoriti dua pertiga Parlimen dan lima negeri.
Sekiranya Najib hanya beroleh kemenangan tipis dalam pilihan raya akan datang, perdana menteri keenam itu juga akan menerima cabaran daripada kalangan pemimpin Umno sendiri.
Namun Najin dilihat mengetahui perkara itu ketika temuramah berkenaan dan menjelaskan beliau turut terlibat dalam risiko berkenaan apabila mengubah perlembagaan Umno bagi memudahkan kepimpinan dicabar.
"Saya menjadikan Umno lebih demokratik, lebih inklusif. Sudah tentu saya meletakkan diri saya dalam risiko. Namun saya percaya apa yang kami lakukan baik untuk negara dan parti, katanya.
FT turut dilaporkan berkata, Najib mempunyai kelebihan berbanding pesaingnya yang mana telah memacu prestasi ekonomi Malaysia tahun lalu yang disifatkan Tabung Kewangan Dunia (IMF) "melepasi jangkaan."
Akhbar itu turut menjelaskan ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus, dipacu permintaan dalam negara yang tinggi dan eksport komoditi seperti gas dan minyak.
Memetik HSBC, FT menjelaskan keyakinan pelabur asing terhadap reformasi Najib yang menyaksikan pegangan asing dalam bon kerajaan Malaysia mencecah 550 peratus atau RM215 bilion sejak 2009.
Namun akhbar itu turut menjelaskan kebimbangan berkenaan hutang kerajaan berbanding GDP sekitar 51 peratus, dan pendapatan kerajaan agak lemah.
Merujuk perkara itu, Najib berkata, kerajaannya sedang melihat perkara berkaitan cukai, menjadi petunjuk kemungkinan selesai pilihan raya, cukai barangan dan perkhidmatan akan diperkenalkan selepas menimbulkan kemarahan orang ramai.
"Saya akan melihat kepada struktur cukai, terutamanya, kerana kita perlu perbesarkan pendapatan. Kerajaan melihat pendapatan perlu diberikan dasar yang kukuh," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan