"...tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem. Kita buat filem dengan kasih sayang. Kita bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tetapi sepanjang masa," katanya.
SHAH ALAM - Sambil menegaskan artis dan politik merupakan komponen yang
tidak boleh dipisahkan, pengarah filem kontroversi Tanda Putera, Datuk
Paduka Shuhaimi Baba hari ini membidas dakwaan yang menyatakan
"berlakon" itu haram.
Menurutnya, semua ahli politik yang bukan bergelar seniman berada di Parlimen adalah pelakon dalam bidang mereka ceburi.
Beliau berkata, setiap pergerakkan dan perbuatan yang ditunjukkan oleh pemimpin pembangkang atau kerajaan adalah lakonan di hadapan rakyat.
Tambah beliau, oleh itu pekerjaan sebagai "pelakon" bukan sesuatu yang haram.
"...dulu semasa awal-awal Parlimen ditubuhkan, ramai yang cakap, kalau nak cari pelakon cari di sana.
"Semua pemimpin parti pembangkang atau kerajaan berlakon di sana, jadi berlakon atau pelakon itu haram, haramlah ahli politik di Parlimen yang menggunakan pendekatan itu.
"Mereka kena pandai berlakon dan sentiasa perlu berlakon, ikut ilmu fotografi lagi banyak pergerakkan yang dibuat lagi bagus," katanya pada Wacana Sinar Siri ke-18 yang mengupas tajuk Artis Masuk Politik: Kredibiliti atau Pancing Und, di Kompleks Kumpulan Media
Karangkraf di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya oleh moderator mengenai artis
yang sering takut untuk menyatakan pendirian politik mereka akibat
memikirkan nasib yang bakal menimpa di kemudian hari.
Sehubungan itu, Shuhaimi juga berkata, politik dan artis tidak dapat
dipisahkan serta kewujudannya telah berlaku sejak dahulu lagi.
Katanya, di luar negara artis banyak menjadi pemimpin kepada rakyat dan tidak mustahil akan berlaku di sini.
Katanya, di luar negara artis banyak menjadi pemimpin kepada rakyat dan tidak mustahil akan berlaku di sini.
"Politik dan artis tidak boleh dipisahkan, perkara ini telah lama berlaku termasuk seluruh dunia yang mengamalkannya.
"Tak kira di Hollywood atau Bollywood, tetapi mereka lebih kaya pada
artis di Malaysia dan mampu membuat kerja amal dengan menderma dan
sebagainya," katanya lagi.
Beliau juga menambah, politik dan lakonan mempunyai persamaannya tetapi memerlukan keikhlasan hati.
"...tidak ada apa yang luar biasa, kita boleh bersuara juga dalam politik, seperti kita buat filem. Kita buat filem dengan kasih sayang. Kita bukan cakap semasa dekat PRU sahaja tetapi sepanjang masa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan